Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia Season 7 Akan Datang Mei 2024, Diikuti Oleh Filem Ke-4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
My Hero Academia Season 7 Akan Datang Mei 2024, Diikuti Oleh Filem Ke-4!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Jump Festa ’24 hari ini, kami dapat info rasmi bahawa anime My Hero Academia Season 7 akan membuat debut pada 4 Mei 2024. Pengumuman ini disertakan bersama trailer yang anda boleh tonton di bawah:

Anime My Hero Academia Season 7 akan bermula dengan episod 139 secara keseluruhan dan memperkenalkan kita kepada Hero Pro Amerika, Star and Stripe, yang disuarakan oleh Romi Park. Maka, bermulalah arc baharu siri iaitu Star and Stripe arc yang membawa Pro Hero itu membantu Deku melawan All For One.

Dalam arc ini juga, kita akan diperkenalkan dengan hero-hero lain daripada seluruh dunia. Arc ini tidaklah begitu panjang. Jika studio Bones menghasilkan 24 episod untuk musim baharu ini, ada kemungkinan besar kita akan melihat adaptasi arc U.A. Traitor.

Bukan itu sahaja, video di atas juga mendedahkan bahawa anime khas bertajuk My Hero Academia Memories akan ditayangkan pada 6 April. Anime ini berbentuk recap dan menceritakan jalan cerita yang telah berlaku pada Season 6. My Hero Academia Memories mengandungi empat episod secara total.

Akhir sekali adalah My Hero Academia dalam proses menghasilkan filem keempat. Pencipta Kohei Horikoshi akan berkhidmat sebagai penyelia dan pereka watak original. Filem ini akan mempunyai jalan cerita original yang berlaku pada masa yang sama seperti kejadian anime pada masa ini, iaitu keruntuhan masyarakat kerana kegagalan para hero.

Baru-baru ini, kita juga dapat kemas kini tentang filem My Hero Academia adaptasi filem live-action. Penulis skrip Joby Harold memberitahu bahawa projek sedang berjalan lancar dan dalam proses penghasilkan lakon layar.

Filem ini akan diarahkan oleh Shinsuke Sato, yang terkenal dengan filem dan siri TV seperti live action Bleach, Alice in Borderland, Gantz, Kingdom, Death Note dan I am a Hero. Joby Harold pula terkenal sebagai penulis untuk siri Disney+ Obi-Wan Kenobi, Army of the Dead, Godzilla, dan filem “Transformers: Rise of the Beasts”.


Untuk mendapatkan liputan lain mengenai My Hero Academia daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: animeMy Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

Game ‘Alterna Welt: Blue Exorcist Gaiden’ Akan Datang Ke iOS, Android, PC Pada 2024

Next Post

Chainsaw Man –The Movie: Reze Arc Diumumkan! Teaser Pertama Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Chainsaw Man –The Movie: Reze Arc Diumumkan! Teaser Pertama Didedahkan!

Chainsaw Man --The Movie: Reze Arc Diumumkan! Teaser Pertama Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd