Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Misteri One For All akhirnya didedahkan! Deku adalah pengguna terakhir!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Misteri One For All akhirnya didedahkan! Deku adalah pengguna terakhir!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama, misteri One For All akhirnya didedahkan, tetapi pada masa yang sama, memperkenalkan beberapa jenis soalan baru. Selepas manga My Hero Academia mengeluarkan bab #304, salah satu perkara terbesar yang ditanyakan oleh peminat adalah “siapakah pengguna-pengguna One For All ini?.”

My Hero Academia, Ch. 304: As Deku slumbers, he comes face to face with those who dwell within him. Read it FREE from the official source! https://t.co/ankkpwep8A pic.twitter.com/r5B474CEqi

— Shonen Jump (@shonenjump) March 7, 2021

Bab terkini dari siri ini memperkenalkan Midoriya Izuku ke alam One For All dalam dirinya, untuk berkomunikasi dengan pengguna sebelum secara lebih langsung. Semua pengguna One For All ada untuk bercakap dengan Deku – tetapi dua dari mereka memilih untuk tidak menghadap Deku, dan ingin menyembunyikan identiti.

Amaran: Spoiler My Hero Academia manga bab #304 di bawah!

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah, ke semua pengguna One For All muncul di depan Deku dalam bilik yang aneh di dunia One For All. Namun, hanya pengguna pertama (adik All For One), bersama dengan pengguna ke-4 (Shinomori Hikage), pengguna ke-5 (Banjo Daigoro), pengguna ke-6 (nama tidak dikenali), pengguna ke-7 (Shimura Nana), dan pengguna ke-8 (semangat Yagi Toshinori/All Might) berkumpul untuk bercakap dengan Deku. Malangnya, pengguna One For All yang ke-2 dan ke-3 bukan sebahagian daripada kumpulan itu dan dilihat menghadap ke dinding, jadi Izuku tidak tahu siapakah mereka.

Pengguna lama One For All membawa Midoriya Izuku ke dalam dunia ghaib ini untuk menjelaskan satu perkara yang penting iaitu sejarah kehidupan dan kematian pengguna ke-4, Shinomori Hikage. Shinomori lah individu yang berjaya membongkarkan rahsia bahawa All For One bukanlah kuasa yang seharusnya dipegang oleh individu yang mempunyai quirk. Hanya segelintir orang sahaja seperti Yagi Toshinori (All Might) dan Midoriya Izuku (Deku) yang dapat memegang dan menggunakan potensi sebenar One For All.

Selain itu, pengguna lama One For All juga mendedahkan bahawa Deku kemungkinan besar akan menjadi pewaris terakhir One For All, kerana tidak ada individu “quirk-less” lagi pada zaman ini yang boleh mewariskan kuasa ini. Selepas pendedahan besar ini, nampaknya yang tinggal untuk kita tahu hanyalah latar belakang pengguna ke-2 dan ke-3 One For All memandangkan mereka paling dekat dengan pengguna pertama dalam senarai , dan apakah potensi sebenar Deku untuk menewaskan All For One selama-lamanya.

Itulah jawapannya! Misteri One For All akhirnya didedahkan dan saya pun tidak sabar untuk melihat apa yang bakal berlaku pada bab seterusnya. Untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Tags: All MightBoku no Hero AcademiaDekuMidoriya IzukuMy Hero AcademiaOne For AllQuirk
Previous Post

Pemain Pro Valorant Jay “Sinatraa” dikenakan tindakan atas gangguan seksual!

Next Post

Kakao Games melancarkan Survival Game Dysterra & Ujian Alpha bermula 18 Mac

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Kakao Games melancarkan Survival Game Dysterra & Ujian Alpha bermula 18 Mac

Kakao Games melancarkan Survival Game Dysterra & Ujian Alpha bermula 18 Mac

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd