Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia – Misteri Bapa Deku Akhirnya Terjawab!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
My Hero Academia – Misteri Bapa Deku Akhirnya Terjawab!
Share on FacebookShare on Twitter

Selama lebih sedekad, peminat My Hero Academia sering bertanyakan satu soalan yang sama: Di manakah Hisashi Midoriya? Walaupun Izuku “Deku” Midoriya berjaya bangkit daripada seorang budak tanpa Quirk sehingga menjadi hero terhebat di dunia, bapa nya langsung tidak pernah muncul dalam satu pun panel manga mahupun bingkai anime.

Walau bagaimanapun, satu maklumat terbaharu akhirnya menjawab ‘ketiadaan’ ini, walaupun ia bukanlah jawapan yang diinginkan oleh para peminat.

Hisashi Midoriya mention in 2026 was not on my bingo card #MHAAJ

Midoriya: But my dad works overseas, so it’s mostly just me & my mom…
Aoyama: Overseas!? Don’t you miss him?
M: Of course I do, but I know he’s working hard for us. I really respect him!
A: What a wonderful family pic.twitter.com/mSqMwCMXsx

— 渋谷スマッシュ 🍰 arigato na (@shibuyasmash) February 6, 2026

Kemas kini ini datang daripada game My Hero Academia: All’s Justice yang baru sahaja dilancarkan. Dikesan oleh penterjemah komuniti @shibuyasmash, game ini mengandungi satu dialog penting yang akhirnya menjawab tentang lokasi Hisashi.

Dalam satu babak antara Deku dan rakan sekelasnya, Yuga Aoyama, topik mengenai keluarga dibangkitkan. Deku menjelaskan ketiadaan bapanya dengan begitu santai:

“Tapi ayah saya bekerja di luar negara, jadi selalunya saya berdua sahaja dengan mak,” beritahu Deku kepada Aoyama. Apabila Aoyama bertanya sama ada jarak yang jauh itu membuatnya berasa sunyi, Deku menjawab dengan positif: “Mestilah saya rasa sunyi, tapi saya tahu dia bekerja keras untuk kami. Saya sangat menghormatinya!”

Ini mengesahkan apa yang telah lama disyaki oleh ramai orang… Hisashi Midoriya bukanlah seorang penjahat rahsia atau hero tersembunyi; dia hanyalah seorang lelaki yang bekerja di luar negara sepanjang kejadian siri ini.

Walaupun penjelasan ini memberikan sedikit kepastian, ia mencetuskan perdebatan dalam kalangan fandom. Bagi kebanyakan orang, alasan “bekerja di luar negara” terasa agak lemah memandangkan risiko besar yang berlaku dalam jalan cerita tersebut.

Sepanjang siri ini, Deku berulang kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan yang mengancam nyawa. Jepun sendiri menghadapi kejatuhan masyarakat semasa Paranormal Liberation War, dan negara itu menjadi medan perang pasca-apokalips.

Walaupun pelbagai peristiwa besar yang mengubah dunia berlaku, Hisashi nampaknya tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk isterinya, Inko, atau anaknya.

Namun, dengan adanya kemas kini kecil ini, francais tersebut akhirnya mengakui kewujudan bapanya yang “hilang” selama ini.

Tags: DekuMy Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Live-Action BLUE LOCK Tampilkan Barisan ‘Egoist’ Dalam Trailer Pertama!

Next Post

Reviu Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Remake “2-Dalam-1” Yang Pasti Menggembirakan Hati Mana-Mana Peminat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Reviu Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Remake “2-Dalam-1” Yang Pasti Menggembirakan Hati Mana-Mana Peminat

Reviu Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Remake "2-Dalam-1" Yang Pasti Menggembirakan Hati Mana-Mana Peminat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd