Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Anime Akhirnya Dedahkan Asal Usul Mengerikan All For One!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
My Hero Academia: Anime Akhirnya Dedahkan Asal Usul Mengerikan All For One!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam episod paling terkini musim terakhir My Hero Academia, latar belakang antagonis terulung siri ini akhirnya didedahkan, memaparkan asal-usul All For One yang gelap melalui sebuah ‘flashback’.

Pendedahan ini muncul pada waktu yang kritikal ketika pertempuran berlangsung, di mana All For One sedang terdesak untuk menyerap Tomura Shigaraki bagi merampas tubuhnya. Namun, rancangannya diganggu oleh kepulangan Katsuki Bakugo, yang memaksa penjahat itu untuk mengambil langkah bertahan.

Pertembungan ini mencetuskan ‘flashback’ tersebut, membawa para penonton kembali ke zaman permulaan era Quirks yang huru-hara.

Kemunculan “Raja Yang Merampas Segalanya”

Cerita bermula dengan ibu kepada All For One. Sudahpun disisihkan oleh masyarakat, dia hamil anak kembar dalam keadaan yang luar biasa: kedua-dua bayi itu berkongsi satu tali pusat, dengan bayi yang lebih besar—yang bakal menjadi All For One—menyerap segala nutrien daripada adik kembarnya yang lebih kecil dan lemah, bahkan sejak dari dalam rahim lagi.

Tidak lama kemudian, ibu mereka ditemui mati. Bayi yang lebih besar dan berhati tamak itu dilihat sedang memakan daging ibunya, sambil tidak melepaskan genggaman tangan adik kembarnya yang masih bernyawa tetapi lemah.

Kelahiran pasangan kembar ini terjadi serentak dengan kemunculan “Meta Ability” (kemudian dikenali sebagai Quirk) di seluruh pelusuk dunia, yang dihebohkan oleh kelahiran “bayi bercahaya” di China.

Zaman baru ini telah menyebabkan masyarakat terjerumus ke dalam keadaan huru-hara, sehingga tercetusnya konflik antara golongan yang memiliki kuasa dengan mereka yang tidak.

Membesar dalam suasana ini, si abang mendapati dia memiliki Meta Ability yang istimewa: kebolehan untuk merampas dan memindahkan kuasa orang lain. Kuasa pertama yang didapatinya adalah kuasa yang dia makan daripada ibunya.

Dikatakan sebagai seorang yang bongkak dan zalim sejak dilahirkan, dia menganggap setiap benda dan individu sebagai hak miliknya. Adik lelakinya, yang membantah kekejamannya, turut dilayan sama—sebagai harta yang perlu dikuasai.

Meskipun sentiasa didera, adiknya, yang kemudian diberi nama Yoichi, masih menyimpan sedikit harapan bahawa abangnya mempunyai sifat belas kasihan. Dia mencari ketenangan dengan membaca buku-buku komik adiwira dan berangan-angan untuk menjadi pahlawan seperti watak pujaannya, “Captain Hero.”

Namun begitu, kegemaran yang sama terhadap komik telah membawa kedua-dua beradik ini ke haluan yang amat berbeza. Si abang tidak mendapat ilham daripada moto wira tersebut, “Satu untuk semua, dan semua untuk satu,” sebaliknya terinspirasi oleh watak Demon King dalam komik itu, yang memerintah melalui ketakutan dan kepatuhan.

Pada satu malam, dia memberitahu Yoichi bahawa dia telah membunuh seorang pejuang keamanan terkemuka—iaitu “bayi bercahaya” yang kini sudah dewasa—dan merampas kuasanya, sambil menyatakan cita-citanya: sebuah dunia di mana segalanya wujud hanya untuk dirinya.

Apabila dewasa, si abang berjaya mencapai cita-citanya, memerintah Jepun dengan menggunakan gelaran yang diubah suai daripada frasa dalam buku komik: All For One. Akan tetapi, adiknya tidak pernah berhenti menentang fahaman abangnya yang egois.

Sebagai tanda “belas kasihan” terakhir terhadap kelemahan adiknya, All For One secara paksa memberikannya satu Meta Ability yang membolehkannya mengumpul kuasa dalam tubuhnya. Tanpa pengetahuannya, Yoichi sebenarnya sudah memiliki satu Quirk yang fungsinya hanyalah untuk dipindahkan kepada orang lain.

Gabungan abiliti “pemindahan dan pengumpulan” ini kemudiannya melahirkan One For All.

Dia kemudiannya menamakan adiknya “Yoichi,” yang membawa maksud “perkara pertama yang diberikan,” bagi menegaskan kedudukannya sebagai harta milik pertama dan yang paling dihargai oleh penjahat itu.

Tindakan memaksa pemberian kuasa ini, tanpa disedari, telah membawa kepada terciptanya kuasa One For All, iaitu kuasa yang bakal diwarisi dari satu generasi ke generasi lain untuk menentangnya.

Tags: All For OneMy Hero Academia
ShareTweetSend
Previous Post

“Chainsaw Man: Reze Arc” Lagi Bagus Daripada “Demon Slayer: Infinity Castle?” Itulah Pilihan Penonton!

Next Post

One Piece Live Action Season 2 Akan Belayar Semula Pada Mac 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
One Piece Live Action Season 2 Akan Belayar Semula Pada Mac 2026!

One Piece Live Action Season 2 Akan Belayar Semula Pada Mac 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd