Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia #310: Sejarah awal quirk One For All didedahkan termasuk identiti pengguna ke-2 & ke-3!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia #310: Sejarah awal quirk One For All didedahkan termasuk identiti pengguna ke-2 & ke-3!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam manga My Hero Academia #310, kita akan imbas balik semasa perbincangan Deku dengan semua pengguna One For All di alam misteri. Ternyata Yoichi (pengguna pertama One For All dan adik kepada All For One) telah diselamatkan oleh pengguna kedua dan ketiga One For All, walaupun dia mempunyai pertalian darah dengan musuh mereka. Kekuatan sejati One For All kemudian terbangkit selepas duo tersebut menyelamatkan Yoichi. Kembali pada masa sekarang, adakah Deku dapat menyelamatkan semua orang dari kuasa jahat All For One, termasuk Shigaraki Tomura?

My Hero Academia, Ch. 310: As darkness threatens to consume all, Deku tries to be the light of hope! Read it FREE from the official source! https://t.co/fzxRzSliWH pic.twitter.com/eNblww5aip

— Shonen Jump (@shonenjump) April 25, 2021

AMARAN! Di bawah adalah spoiler untuk My Hero Academia bab #310!

Jika anda masih ingat, pengguna kedua dan ketiga One For All sebenarnya tidak boleh menyokong Deku 100% kerana mereka tidak percaya bahawa dia dapat mencapai matlamat mustahil ini. Deku sebenarnya ingin menyelamatkan Shigaraki dari cengkaman All For One, yang bermaksud dia ingin “menolong musuh.” Pengguna kedua dan ketiga mahu menghabiskan All For One buat selama-lamanya dan risau jika perkara yang lebih buruk akan berlaku. Tetapi Yoichi berjanji bahawa kali ini, perkara itu tidak akan berlaku.

Ketika pengguna kedua pertama kali bertemu Yoichi, dia mempunyai pilihan untuk membunuhnya, memandangkan Yoichi adalah adik kepada All For One. Sebaliknya, dia menyelamatkan Yoichi dan bermula saat itu, potensi sebenar One For All mula berkembang.

Kiri: Pengguna ke-2 / Kanan: Pengguna ke-3

Yoichi faham mengapa Deku ingin menyelamatkan Shigaraki Tomura. Ia bukan sahaja mengingatkannya pada saat pengguna kedua menyelamatkannya, tetapi juga bermakna bahawa Shigaraki masih boleh diselamatkan dari cengkaman All For One (memandangkan Yoichi dan Tomura pun ada pertalian darah). Disebabkan Yoichi memiliki sifat keadilan yang kuat, dia mungkin sedang berharap untuk menyelamatkan abangnya, tetapi kerana tubuh All For One semakin merosot, dia mungkin akan mati.

Juga didedahkan pada bab-bab sebelum, kita akhirnya tahu bahawa quirk One For All akan bertambah lebih kuat selepas dipindahkan ke banyak individu hebat. Setiap pengguna sebenarnya memiliki Quirk “lemah” yang tidak sepatutnya digunakan untuk menyelamatkan orang. Dari mematahkan semangat setiap pengguna, fakta itu hanya mendorong azam mereka di mana ia membuktikan seorang hero dinilai bukanlah dari abilitinya yang kuat, tetapi dari kehendak mereka untuk menyelamatkan sesiapa sahaja, tidak kira apa pun situasi.

Deku kini mempunyai sokongan semua pengguna lama One For All, serta bantuan tiga hero terkuat iaitu Endeavour, Hawks, dan Best Jeanist. Yang tinggal sekarang hanyalah untuk Deku membuka kuasa sebenar One For All bagi menyelamatkan dunia.

Apa pendapat anda tentang quirk One For All? Apakah jalan yang Deku akan pilih? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang francais My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Sumber – Shueisha

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: All For OneanimeDekumangaMy Hero AcademiaMy Hero Academia bab #310One For All
Previous Post

Rakaman Sekuel game spin-off Yakuza “Judgment” terbocor awal?!

Next Post

Tiktok Gamers Got Talent menawarkan hadiah RM103 ribu kepada gamer dengan bakat yang luar biasa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Tiktok Gamers Got Talent menawarkan hadiah RM103 ribu kepada gamer dengan bakat yang luar biasa!

Tiktok Gamers Got Talent menawarkan hadiah RM103 ribu kepada gamer dengan bakat yang luar biasa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd