MSI bekerjasama dengan Ubisoft untuk menggandakan lagi tahap keseronokan Far Cry 6 dengan menerapkan teknologi Ambient Link yang menyatukan pencahayaan RGB dengan aksi di dalam paran. Secara lebih khusus, Ambient Link akan menyegerakkan panel cahaya modular dan Mystic Light untuk produk MSI GAMING tertentu dengan gameplay yang kita lihat di skrin untuk mencipta pencahayaan persekitaran realistik yang mensimulasikan skema warna permainan sambil menyerlahkan dunia Far Cry 6 ke bilik pengguna.
“Kami sangat gembira untuk meneruskan perjalanan yang berjaya dengan Ubisoft. Cahaya mempunyai kesan drastik pada nuansa permainan; ia menentukan bagaimana pemain berinteraksi dan melihat dunia yang mereka main. Dengan ultra- pencahayaan ambien yang realistik, MSI Ambient Link mengangkut pemain Far Cry 6 ke dunia permainan di mana mereka mengalami keajaiban permainan,”
kata Sam Chern, Naib Presiden Pemasaran MSI.
Dalam Far Cry 6, pemain akan mengalami pertempuran gerila penuh ketika mereka meneroka pulau Yara, sebuah syurga tropika yang dikawal oleh diktator Antón Castillo – dilakonkan oleh Giancarlo Esposito. Sebagai Dani Rojas, seorang warga tempatan Yara, pemain akan mengambil bahagian dalam pertempuran sengit melalui hutan rimbun dan kota usang. Dalam pertarungan di mana kita mesti menggunakan apa sahaja yang ada, pemain akan menggunakan pelbagai senjata, kenderaan, dan rakan haiwan baru untuk mengalahkan rejim zalim Antón. Far Cry 6 telah di seluruh dunia hari ini.
Pemain yang membeli produk MSI Gaming terpilih boleh memuat turun Far Cry 6 Edisi Standard (PC) secara percuma. Promosi ini ditawarkan untuk masa yang terhad bermula pada 7 Oktober dan berakhir pada 31 Oktober 2021 Tempoh promosi berbeza mengikut produk dan MSI berhak untuk mengakhiri promosi apabila kehabisan kod permainan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terpilih, sila lawat halaman promosi di SINI.
Untuk segala liputan kami tentang Far Cry 6 termasuk ulasan penuh, sila tekan pautan ini. Far Cry 6 kini boleh didapati di platform PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X, dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post