Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
MSI Umum Laptop Gaming, Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Bersama MSI Claw Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Di Computex 2024, MSI telah mengumumkan pelancaran sejumlah laptop produktiviti, business, dan gaming next-gen AI+ yang menampilkan pemproses Intel, dan AMD terbaru. Pada masa yang sama, MSI turut mengumumkan gaming handheld Claw 8 AI+ Windows 11 baharu, dan beberapa produk berjenama dengan rakan kongsi, termasuk Mercedes-AMG, dan game Fallout yang sangat terkenal.

Berikut adalah info lengkap:

Laptop Business & Produktiviti Next-Gen AI+, Siri Prestige & Summit

Kredit: MSI

MSI memperkenalkan laptop business, produktiviti AI+ generasi seterusnya untuk siri Prestige dan Summit, yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (nama kod “Lunar Lake”).

Berbanding generasi sebelum, pemproses terkini menawarkan sehingga tiga kali ganda prestasi AI. Tambahan pula, dengan GPU, CPU, dan NPU bersepadu, ia menyediakan lebih daripada 100 TOPS prestasi AI.

Selain prestasi AI, pemproses Lunar Lake juga mempunyai kecekapan tenaga yang sangat baik, untuk menghasilkan laptop business yang lebih ringan, nipis dan produktiviti dengan jangka hayat bateri yang lebih lama, untuk Prestige dan Summit.

Siri laptop Prestige datang dalam tiga saiz: 13, 14 dan 16 inci. Selain pemproses terkini, keseluruhan siri Prestige menampilkan badan ultra-ringan, bateri besar, dan jangka hayat bateri yang panjang. Sebagai contoh, Prestige 13 AI+ Evo hanya mempunyai berat 990 gram dan termasuk bateri besar 75Wh.

Selain itu, keseluruhan siri Prestige telah dinaik taraf kepada webcam 5 megapiksel, yang menawarkan kualiti dan keupayaan lebih tinggi untuk livestream, dan mesyuarat dalam talian.

Summit 13 AI+ Evo, juga sebahagian daripada siri business dan produktiviti, kini menampilkan pemproses Intel Core Ultra baharu (Lunar Lake), badan yang ringan, sekuriti yang komprehensif, dan stylus MSI Pen 2 yang menyokong MPP 2.6, untuk menjadikannya laptop flip 13-inci serba boleh.

Stealth A16 AI+ & Creator A16 AI+

Kredit: MSI

MSI juga memperkenalkan laptop 16-inci gaming & kandungan ringan pertama di dunia, Stealth A16 AI+ dan Creator A16 AI+.

Dari segi kuasa pengkomputeran AI, seni bina XDNA 2 baharu menyampaikan prestasi sehingga tiga kali ganda berbanding produk terdahulu, membolehkan AI generatif atau model bahasa besar untuk dijalankan terus pada laptop.

Unit grafik siri Radeon 800M bersepadu baharu menampilkan sehingga 33% lebih graphics core daripada generasi sebelum, di mana pemproses ini, dilengkapi dengan seni bina Zen 5 terkini, menyokong sehingga 12 core dan sehingga 50% lebih banyak memori pada cip berbanding produk dahulu.

Stealth A16 AI+ dan Creator A16 AI+ juga dilengkapi dengan siri grafik NVIDIA terbaru GeForce RTX 40. Dibina untuk era AI, GeForce RTX menampilkan AI Tensor Core khusus yang memberikan keupayaan dan prestasi teknologi terkini.

Selain pemproses baharu dan kuasa pengkomputeran AI, Stealth A16 AI+, dan Creator A16 AI+ menampilkan badan aloi magnesium-aluminium ringan, penyejukan Cooler Boost 5, dan banyak port, menjadikannya laptop gaming dan kandungan ultra ringan paling seimbang.

Claw 8 AI+

Kredit: MSI

Selepas kejayaan konsol gaming handheld Claw, MSI melancarkan Claw 8 AI+ – gaming handheld Windows 11 pertama di dunia yang dikuasakan oleh pemproses Lunar Lake.

Sebagai tambahan kepada kecekapan tenaga oleh pemproses gen seterusnya, MSI telah secara aktif mendengar maklum balas pengguna dan menaik taraf beberapa spesifikasi pada perkakasan dengan sewajarnya, seperti menambah port USB-C yang disokong Thunderbolt 4 tambahan, mempertingkatkan rasa sentuhan butang LB/RB, meningkatkan kapasiti bateri, dan menggantikannya pengecas dinding yang lebih ringan.

Semasa pelancaran rasmi, Xbox Game Pass percuma sebulan akan diberi kepada pembeli, yang membolehkan mereka menikmati sepenuhnya game AAA yang popular pada masa ini.

Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport, & Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport

Kredit: MSI

Tahun lepas, MSI menjadi rakan kongsi rasmi kepada jenama kereta mewah Mercedes-AMG, lalu melancarkan Stealth 16 Mercedes-AMG.

Untuk meraikan ulang tahun pertama kerjasama ini, kedua-dua jenama sekali lagi bekerjasama untuk melancarkan Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport, serta juga telah menaik taraf Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport original.

Reka bentuk Stealth 18, yang dihasilkan bersama oleh pasukan reka bentuk MSI dan Mercedes-AMG, yang menggabungkan beberapa simbol kelajuan, seperti kawasan besar di corak AMG yang meliputi kawasan rehat tapak tangan, papan nama logam eksklusif dari MSI dan AMG, dan logo Mercedes-AMG Motorsport yang dilihat di seluruh produk.

Prestasi sebenar Stealth 18 adalah sekuat kereta lumba Mercedes-AMG GT2: yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan grafik NVIDIA GeForce RTXTM 4080, dan ruang penyejukan besar, yang memberi kuasa kepada pemain untuk mendominasi pihak lawan seperti kereta lumba sebenar.

Claw x Fallout Limited Edition

Kredit: MSI

MSI dan studio game terkenal Bethesda telah melancarkan Claw x Fallout edisi terhad di COMPUTEX.

Keseluruhan reka bentuk luaran diilhamkan oleh Vault yang dilihat dalam game, Pip-Boys yang dipakai oleh penghuni Vault, dan robot. Ini menjadikannya barang impian untuk peminat dan pemain Fallout di seluruh dunia.

Siri Modern Baharu

Kredit: MSI

Selepas kejayaan siri laptop MSI Modern, MSI telah mengumumkan keluaran produk baharu dalam barisan Modern, yang tersedia dalam saiz 13, 14 dan 15-inci.

Selain keyboard yang selesa, badan yang ringan dan pilihan port yang kaya, laptop siri Moden baharu juga menampilkan port berwayar RJ-45, yang menyediakan sambungan internet lebih stabil. Peningkatan ini membolehkan para profesional dan pelajar untuk bekerja dan belajar dengan lebih cekap.


Semua produk di atas dipamerkan di reruai MSI di COMPUTEX 2024. Jika kebetulan anda berada di Taipei dan ingin melawat, berikut adalah maklumat terperinci:

  • Lokasi Reruai: Tingkat 4, Taipei Nangang Exhibition Center, Hall 1 (TaiNEX 1)
  • Nombor Reruai: M0806
  • Alamat Reruai: No. 1, Jingmao 2nd Rd., Nangang Dist., Taipei City
  • Tempoh Pameran: 2024/06/04 – 06/07 9:30 – 17:30

Baca segala berita kami tentang produk MSI di SINI!

Tags: LaptopMSIMSI Claw
ShareTweetSend
Previous Post

Gunpla Builders World Cup (GBWC) Dibuka di Malaysia, Masa untuk Pamer Skil Gundam

Next Post

Like a Dragon: Yakuza Dapat Siri Live-Action Oleh Amazon Prime Video, Akan Tayang Oktober 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Like a Dragon: Yakuza Dapat Siri Live-Action Oleh Amazon Prime Video, Akan Tayang Oktober 2024

Like a Dragon: Yakuza Dapat Siri Live-Action Oleh Amazon Prime Video, Akan Tayang Oktober 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd