Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI mengadakan promosi jualan ‘Back to Office’, dapatkan diskaun sehingga RM800!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Promosi, Teknologi, Tempatan
0 0
0
MSI mengadakan promosi jualan ‘Back to Office’, dapatkan diskaun sehingga RM800!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 10 Oktober lalu, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada netizen Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula 11 haribulan. Secara langsung, ini bermaksud ramai para profesional yang sebelum ini bekerja dari rumah, kini harus kembali ke pejabat masing-masing. Sempena itu, jenama MSI yang mengkhususkan diri dalam komputer dan aksesori terkemuka ingin membantu seluruh netizen dengan promosi jualan MSI ‘Back to Office’!

Promosi jualan Back to Office oleh MSI menawarkan diskaun sehingga RM800 untuk komputer riba gaming manakala diskaun hingga RM400 ditawarkan untuk komputer riba produktiviti perniagaan dan pembuatan kandungan. Promosi ini sudah pun bermula dan akan berlangsung hingga 14 November! Antara produk yang dipromosikan terdiri daripada komputer riba Creator Z16 serba baru, E13FlipEvo yang direka untuk perniagaan & produktiviti, dan komputer riba gaming Stealth 15M.

Ingin pengalaman produktiviti yang lebih baik di pejabat? Jangan tunggu lagi dan klik pada pautan INI untuk membeli komputer riba MSI anda sekarang!

Pada masa yang sama, MSI bekerjasama dengan Ubisoft untuk menggandakan lagi tahap keseronokan Far Cry 6 dengan menerapkan teknologi Ambient Link yang menyatukan pencahayaan RGB dengan aksi di dalam paparan. Secara ringkas, Ambient Link akan menyegerakkan panel cahaya modular dan Mystic Light untuk produk MSI GAMING tertentu dengan gameplay yang kita lihat di skrin untuk mencipta pencahayaan realistik yang mensimulasikan skema warna permainan sambil menyerlahkan dunia Far Cry 6 ke bilik pengguna.

Seterusnya, pengguna yang membeli produk MSI Gaming terpilih boleh memuat turun Far Cry 6 Edisi Standard (PC) secara percuma. Promosi ini ditawarkan untuk masa yang terhad bermula pada 7 Oktober dan berakhir pada 31 Oktober 2021 Tempoh promosi berbeza mengikut produk dan MSI berhak untuk mengakhiri promosi apabila kehabisan kod permainan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk terpilih, sila lawat halaman promosi di SINI.

Tags: Back to OfficeDiskaunKomputer ribaLaptopMalaysiaMSIpromosi
Previous Post

Pelancaran hampir tiba, sedia beraksi! Berikut adalah senarai “Cleaners” selebihnya dalam Back 4 Blood!

Next Post

Cerdik dan licik ketika melawan musuh – Ini antara watak anime yang genius!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Cerdik dan licik ketika melawan musuh – Ini antara watak anime yang genius!

Cerdik dan licik ketika melawan musuh - Ini antara watak anime yang genius!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd