MSI Malaysia mengumumkan promosi khas Chinese New Year (CNY) menjelang hari perayaan tersebut, menyebarkan kegembiraan dan kemakmuran kepada gamer dan peminat laptop. Promosi ini berlangsung sekarang sehinggalah 25 Februari 2024. Terdapat pelbagai diskaun eksklusif, hadiah percuma malah anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat.
Diskaun dan Hadiah Percuma
Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM 888 apabila membeli laptop MSI semasa promosi CNY. Sebagai tambahan, pembeli yang layak mempunyai pelbagai peluang untuk menuntut hadiah percuma CNY terhad.
Eksklusif Dalam Kedai
Bagi mereka yang lebih suka pengalaman mencuba produk, MSI menjemput pelanggannya untuk melawat kedai konsep fizikal sebelum 31 Januari 2024. Pembeli akan mempunyai peluang unik untuk menerima angpau dengan hadiah seperti Steam Wallet, top-up TNG e-Wallet, keychain Huat Cai Lucky Dragon dan banyak lagi!
Antara produk-produk hebat yang anda boleh dapatkan sepanjang promosi ini adalah:
MSI Raider GE68 HX
Mainkan game engan pemproses Intel® Core i9-13950HX dan grafik NVIDIA® GeForce RTX 4090. Berharga RM14,111 semasa promosi, laptop gaming ini didatangkan dengan paparan 16:10 QHD+, refresh rate 240Hz, dan peluang untuk menebus headset gaming percuma.
MSI Alpha 17
Menampilkan pemproses AMD Ryzen 9 7945 HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070, MSI Alpha 17 menawarkan prestasi permainan hebat. Pada harga diskaun RM8,611, ia didatangkan dengan paparan QHD 17.3”, refresh rate 240Hz dan Microsoft Office yang telah prapasang.
MSI Cyborg 15
Hayati gaya cyberpunk dengan sehingga Intel Core i7-12650H CPU dan GeForce RTX 4060 GPU. Boleh didapati dengan harga serendah RM4,111 semasa promosi.
MSI GF63-12UCX – 422
Pilihan mesra bajet dengan GPU RTX2050 NVIDIA dan CPU Intel Core i5-12450H. Harga sekarang pada RM2,899 sahaja!
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, promosi MSI Chinese New Year berlangsung sehingga 25 Februari 2025. Anda boleh ke laman web rasmi untuk melihat senarai penuh produk yang tersedia untuk tawaran eksklusif ini! Anda juga boleh ke kedai dalam talian rasmi untuk membelinya. Berikut adalah senarai kedai dalam talian MSI:
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk dan tawaran daripada MSI daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post