MSI Malaysia membawa beberapa produk yang diperkenalkan semasa CES 2024 ke pasaran Malaysia pada hari ini! Dengan kuasa AI kini tersedia pada barisan laptop baharu, anda boleh jangkakan prestasi yang lebih baik ditambah pula dengan kehadiran kad grafik siri RTX 40, sudah tentu anda boleh mendapatkan kuasa yang lebih baik semasa gaming. Jom kita lihat satu per satu laptop MSI baru yang akan tersedia nanti!
Titan 18 HX
Dilengkapi dengan cip pemproses sehingga Intel Core i9 HX serta grafik sehingga RTX 4090, anda boleh harapkan prestasi laptop yang hebat. Pada tanda harga bermula RM 21,499, anda boleh dapatkan pengalaman gaming yang hebat.
Raider GE78 HX
Laptop gaming ini hadir dengan cip pemproses Intel Core i9 14th Gen dan digabungkan dengan GPU laptop sehingga GeForce RTX 4090. Laptop ini akan tersedia pada tanda harga bermula RM 16,999.
Stealth 16 AI Studio
Stealth 16 AI Studio didatangkan dengan badan ultra ringan seberat 1.99kg dan 19.95 badan ultra nipis. Dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core Ultra 7 dan GeForce RTX 4060, laptop ini dijual dengan harga RM 9,499.
Stealth 14 AI Studio
Hadir dengan fungsi AI, Stealth 14 AI Studio dilengkapi dengan Intel Core Ultra 7 baharu serta GPU laptop GeForce RTX 4050. Laptop ini boleh didapatkan dengan harga RM 7,999.
Pulse 17 AI
Dengan tanda harga RM 8,699, Pulse 17 AI menawarkan prestasi hebat dengan gabungan pemproses Intel Core i9 13th Gen serta GPU laptop GeForce RTX 4070.
Cyborg 15 AI
Tersedia dengan pemproses Intel Core Ultra 7 dengan AI Boost, Cyborg 15 AI hadir dengan kad grafik GeForce RTX 4060. Ia akan tersedia dengan harga RM 6,299.
Cyborg 14
Cyborg 14 ini dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core i7 13th Gen dan menggunakan GPU laptop GeForce RTX 4060. Ia tersedia pada harga RM 5,899.
Thin 15
Laptop nipis ini hadir dengan pemproses sehingga Intel Core i7 12th Gen dilengkapi dengan GPU laptop sehingga GeForce RTX 3050. Anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM 3,099.
Prestige 13 AI Evo
Hadir dengan pemproses Intel Core Ultra 5 dengan Intel AI Boost, serta Intel Arc Graphic, Prestige 13 AI Evo boleh didapatkan dengan harga RM 5,999.
Akan ada lebih banyak lagi produk yang harga akan didedahkan pada masa akan datang. Jadi nantikannya! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk MSI daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post