MSI baru-baru ini telah melancarkan Controller terbaru dari MSI, iaitu Force GC30 yang boleh menyambung secara tanpa wayar ke pelbagai platform termasuk PC dan Android. Terima kasih kepada MSI, yang beri kami Force GC30 dan kami akan buat review tidak lama lagi! Tetapi yang paling penting, korang boleh menyemak butir-butir utama MSI Force GC30 di bawah.
Berikut adalah spesifikasi gamepad MSI FORCE GC30:
Sistem yang serasi | Windows 10 / 8.1 / 7, Android 4.1 |
Saiz (MM) | 156 x 105 x 62.5 |
Bateri | Bateri lithium 600mAh (penggunaan beteri selama 8 jam) |
Aksesori | Butang gantian kunci anak panah tambahan |
Interface USB | USB2.0 |
Berat (G) | 212 |
Force GC30 yang menyokong permainan berwayar dan tanpa wayar di PC, Android dan PlayStation. Ia memaparkan suis tahan lama yang mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga 2 juta klik, dua perlindungan D-pad magnetik dan bateri tahan lama yang berlangsung sekurang-kurangnya 8 jam dalam game. Juga, ia dilengkapi dengan dua vibrator motor di dalamnya!
So, korang kalau nak info lebih lanjut pasal GC30, korang boleh pergi ke Official Website diorang dan korang boleh dapat update kat sana, tapi kalau korang berminat nak beli terus GC30 ni, korang boleh ke Lazada dengan harga dalam RM200+ sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post