Buat peminat MOBA Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang Professional League MY Musim 9 atau nama pendeknya MPL MY S9 akan berlangsung pada 18 Februari 2022. Namun, kita dikejutkan oleh berita bahawa MPL Malaysia menjalankan siasatan atas isu kelakuan pasukan. Sumber ini pun datang daripada wakil Moontoon melalui emel, jadi berikut adalah pernyataan mereka;
Kami ingin ambil perhatian bahawa siasatan sedang dijalankan untuk MPL Malaysia S9, di mana pelbagai pasukan terlibat. Insiden ini melibatkan integriti dan profesionalisme beberapa pemain, dan pasukan MPL MY akan memberikan maklumat terkini mengenai perkara ini esok.
Profesionalisme dan integriti adalah prinsip teras yang membentuk MPL Malaysia. Mana-mana pasukan atau pemain yang melanggar peraturan perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Menambah baik ekosistem e-sukan di Malaysia telah lama menjadi tumpuan dan matlamat utama kami. Kami menggalakkan semua orang menghormati semangat kesukanan dan menghormati integriti. #INIINTEGRITIKITA
Tiada kenyataan atau ulasan lanjut akan dibuat mengenai perkara di atas, sehingga kami menerbitkan penemuan kami esok.
tulis Moonton.
Berita ini datang selepas pengumuman mengejut bahawa MPL MY S9 akan diadakan secara langsung di mana setiap pasukan akan berjuang untuk peluang memenangi kumpulan hadiah utama wang tunai sejumlah USD$ 100,000. Antara pasukan yang bakal bersaing adalah:
- Team SMG
- Todak
- Orange Esports
- Geek Fam
- HomeBois
- Suhaz Esports
- RSG MY
- Red Esports
- Mikey
- Team Caracal
Pada musim lepas, Team SMG dinobatkan sebagai Juara MPL MY S8 selepas prestasi yang menakjubkan semasa Peringkat Regular Season dan Playoffs. Adakah mereka dapat mempertahankan gelaran mereka sebagai juara musim lalu? Kita akan tahu lebih lanjut selepas kes kontroversi ini.
Untuk segala liputan kami tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post