Sebentar tadi baru sahaja acara Moonton Epicon 2019 telah dilansungkan di Connection Conference & Event Centre (CECC) Nexus Bangsar South pada jam 3 hingga 6 petang. Banyak pekara yang telah diumumkan tetapi disini kami akan memberi fokus terhadap permainan dari Moonton yang telah diumumkan pembaharuan serta permainan baru mereka.
Yang pertama, pengumuman dari Cherry Xia, Naib Presiden Moonton melaporkan bahawa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang menerima penambahbaikan yang hampir sepenuhnya untuk kemaskini terbesar MLBB 2.0. Pelbagai perubahan dari awal MLBB hadir dan kini mereka akan beri yang terbaik untuk keselurruhanya.
Versi terbaru ini adalah untuk menunaikan janji kepada pemain untuk memberi lebih pengalaman terbaik. Antara yang diberi nafas perubahan untuk penaikan taraf MLBB 2.0 ini termasuk;
- Pemain akan merasakan perbezaan pemulaan permainan yang lebih pantas dari sebelum ini;
- UI yang diber penambah baikan dan lebih HDR,
- Karekter MLBB yang lebih HD;
- Penambahbaikan FPS;
- Mengurangkan AFK serta Lagging; dan
- Pelbagai skuad serta hero baru akan diperkenalkan
Kemudian diikuti pengumuman yang diberikan oleh Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau Moonton yang turut memperkenalkan hero legendari mengikut negeri seperti yang telah tersedia ada seperti Badang dari Malaysia, Kadita dari Indonesia, Minsitthar dari Myanmar dan akan datang hero mewakili negara mereka adalah Rusia! Nama serta kerja akhir masih dalam pantauan, pnegenalan mengenainya hero terbaru ini akan diberitahu tahun ini juga.
Selain itu, diperkenalkan juga Badang Realife iaitu Sazali Samad, juara Bodybuilder 10 kali turut memberi sedikit persembahan disana.
Dan pengumuman yang paling penting untuk Moonton adalah pengeluaran versi BETA Mobile Legends Adventure kini boleh didapati! Pengumuman yang diberitahu oleh Pengurus Produk Moonton Gary Weng, menyatakan pemainan terbaru yang berkonsepkan idle RPG card game ini (korang boleh lihat semula artikel permainan ini disini) hanya memerlukan pengunaan internet yang minimal dan storan yang rendah.
Pelancaran keseluruhan akan bermula 1 Ogos ini dan bersiap sedialah untuk mengawal sehingga lima hero dalam perlawanan berposisi dan guna strategi terhebat untuk melawan pihak lawan.
Jadi korang yang dah tak sabar boleh download Versi Beta di Android dan iOS.
@gamersantaimy
Discussion about this post