Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Moonscars Review — Platformer Soulslike Menarik Dengan Mekanik Mantap!

Maira by Maira
September 28, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Platformer, Review, Single Player, Tokusatsu
0 0
0
Moonscars Review — Platformer Soulslike Menarik Dengan Mekanik Mantap!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda minat game soulslike? Akan ada satu game baru bertajuk Moonscars yang dilancarkan pada hari ini. Ia merupakan sebuah game platformer 2D soulslike, jadi memang perjalanan anda sepanjang bermain agak sukar. Ingin tahu best atau tidak game ini? Teruskan membaca review Moonscars kami!

Grafik

Kami agak menyukai gaya seni piksel yang digunakan dalam Moonscars. Agak unik juga apabila melihat cutscene pembukaan yang kelihatan seperti lukisan minyak dengan efek piksel. Mungkin ada yang tidak menggemari gaya seninya tetapi bagi kami ia kontraskan Moonscars daripada game yang ada dalam pasaran. Walaupun begitu, keseluruhan gameplay-nya mempunyai grafik 2D piksel biasa. Dengan dunia game yang kelihatan seperti zaman pertengahan yang musnah dan gelap, ianya sangat sesuai dengan lore game tersebut.

Eksplorasi

Bagi kami, eksplorasi untuk Moonscars boleh tahan juga. Ia mempunyai pelbagai laluan berbeza yang boleh dilalui untuk pergi ke kawasan baru. Kadang-kadang terdapat juga pintu atau pagar berkunci yang dikunci, jadi anda akan berjalan mencari jalan lain. Waktu itulah anda akan menemui perkara baru serta musuh lain yang ingin membunuh anda. Terdapat juga “Dark Mirror” yang membolehkan anda untuk fast travel pergi ke base atau Dark Mirror lain, belajar sihir dan terdapat juga tiga Rite untuk memudahkan perjalanan anda. Untuk menggunakan Rite, anda memerlukan Ichor Gland. Tetapi untuk mengumpulkan Ichor Gland memang susah. Jadi baik fikir elok-elok sebelum menggunakannya. Berikut adalah fungsi untuk setiap Rite:

  • Moon Rite: Terdapat dua keadaan bulan iaitu Full Moon dan Ravenous Moon. Untuk Full Moon, tahap kesukaran untuk game seperti normal manakala Ravenous Moon pula menjadikan musuh lebih kuat, tetapi anda akan mendapat lebih banyak Bone Powder
  • Clay Rite: Akan meningkatkan drop untuk sumber dengan mengalahkan musuh
  • Weapon Rite: Menukar senjata khas anda yang berkait dengan serangan khas

Walau bagaimanapun, apabila anda berinteraksi dengan Dark Mirror, anda terpaksa membuang Mould anda. Dengan tiadanya Mould tersebut, anda juga kehilangan serangan khas Grey Irma. Tetapi Mould tersebut nampaknya tidak lenyap dan kekal berada dalam Dark Mirror menunggu ketibaan anda. Jadi, kalau anda ingin mendapatkan serangan khas semula, anda perlu mengalahkannya.

Jika anda membunuh musuh dalam Dark Mirror dalam satu run, tahap Spite anda akan meningkat dan anda boleh memilih antara tiga Bonus Spite seperti healing, atau kurangkan kos Ichor untuk Witchery. Tetapi kalau anda mati atau berehat di Dark Mirror, semua Spite yang anda dapatkan tadi akan hilang. Jadi terpaksalah grind balik.

Terdapat peta yang tersedia sebagai panduan. Anda hanya boleh zoom in dan zoom out sahaja. Di base area, ada satu kawasan bernama Mould Workshop. Anda boleh bertukar barang dengan NPC untuk mendapatkan item yang lebih berkuasa. Untuk pergerakan watak, anda boleh dash, jump, air dash, jump down, drop attack dan lain-lain. Kalau anda ingin stun musuh, drop attack sangat membantu. Malangnya anda tidak boleh untuk double jump sebab double tap digunakan untuk naik ke plank di atas dan wall jump.

Terdapat beberapa jenis sistem equipment yang dipanggil Amulet Stones dalam Moonscars. Terdapat tiga slot untuk anda letakkan pelbagai gemstone, yang mempunyai buff dan kesan yang berbeza. Akhir sekali, tiada auto-save yang tersedia. Kalau anda ingin save, anda perlu gunakan Dark Mirror.

Mekanik pertempuran

Mekanik pertempuran itu sendiri memang bagus. Ia mempunyai serangan biasa, dan charge attack dengan hold butang serangan biasa. Agak senang juga untuk menyerang kerana ia menggunakan satu butang sahaja. Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat serangan khas yang ada boleh gunakan. Agak lama untuk mengaktifkannya tetapi ia memberikan damage yang lebih besar dan efek khas, di mana senjata khas yang berbeza kesan yang berbeza.

Satu lagi yang menarik ialah parry dalam game ini. Apabila musuh ingin menyerang akan ada cahaya merah. Jadi anda perlukan perhatikan “timing” untuk parry. Mungkin anda memakan banyak masa untuk biasakan diri tetapi apabila anda mahir, pasti anda akan menyukainya. Boleh dikatakan agak overpowered kerana ia mengurangkan semua damage malah memberikan damage yang kuat selepas parry. Bukan setakat itu, ia juga boleh menolak anda jauh daripada musuh dan menjadikan anda kebal terhadap serangan musuh.

Witchery merupakan kebolehan yang anda pelajari daripada tiga kebolehan dalam Dark Mirror, terdapat banyak benda yang anda boleh pelajari. Tetapi malang sekali hanya ada dua slot yang boleh digunakan. Anda perlu menggunakan Ichor untuk gunakan Witchery. Ada dua cara untuk anda dapatkan Ichor iaitu menyerang musuh atau memecahkan dinding menggunakan Witchery, dan refresh Dark Mirror. Ichor juga boleh digunakan untuk sembuhkan watak.

Walaupun mekaniknya seronok tetapi pengalaman pertempurannya agak pelik. Kadang-kadang rentak pertempuran terasa laju tetapi pada masa yang sama terasa seperti perlahan pula. Beberapa musuh mungkin tiba-tiba muncul untuk serang anda, tetapi jangan panik. Gunakan sahaja parry untuk selamatkan diri. Selain itu, tiada “collision” antara watak dan musuh. Ini membuatkan pertempuran lebih sukar daripada yang dijangkakan. Walaupun nampak seperti anda menyerang musuh, tahu-tahu anda telah melepasi mereka. Memang seronok apabila diserang selepas itu.

Navigasi UI yang mengelirukan

Kalau nak cerita tentang rekaan UI, agak keliru juga untuk menggunakannya. Kami bermain menggunakan controller untuk bermain Moonscars. Selalunya kalau kita nak keluar, selalunya kita tekan butang “A” tetapi berbeza untuk game ini. Anda perlu menggunakan butang “kiri” pada D-Pad atau tekan joystick. Memang janggal pada mulanya tetapi anda akan biasakan diri selepas bermain dengan lama.

Kesimpulan

Apapun, Moonscars sebuah game yang baik dengan mekaniknya yang seronok. Tetapi agak pelik juga apabila pengalaman pertempurannya tidak sepadan dengan mekaniknya yang bagus. Tahap kesusahannya juga boleh tahan. Kalau anda sukakan cabaran, Moonscars game yang sesuai untuk anda.

Moonscars tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Switch dan PC melalui Steam. Untuk membaca segala review daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

7

7 Score

PROS

  • Mekanik combat yang sangat bagus dan menyeronokkan
  • Kombo yang hebat
  • Gaya seni yang unik

CONS

  • UI tidak memuaskan
  • Pengalaman pertempuran sebenar tidak setanding dengan mekanik yang sangat baik

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Moonscarsreview
Previous Post

Review FIFA 23 – Sama tetapi dengan banyak tambahan penting!

Next Post

MSI lancarkan pelbagai produk dalam acara The Next Playground: Reframed!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
MSI lancarkan pelbagai produk dalam acara The Next Playground: Reframed!

MSI lancarkan pelbagai produk dalam acara The Next Playground: Reframed!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd