Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Moonchild Ditaja Oleh Geek Events Untuk Bersaing dalam Kejohanan Mobile Legends Geek 2019

Hadiah terkumpul sebanyak RM50,000!

Wakambing by Wakambing
May 15, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Moonchild Ditaja Oleh Geek Events Untuk Bersaing dalam Kejohanan Mobile Legends Geek 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Geek Events dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka akan menjemput Moonchild untuk mengambil bahagian dalam Mobile Legends Geek Championship 2019 (MGC) 2019 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Mei ini. MGC ini adalah kejohanan Mobile Legends: Bang Bang yang ditaja dan disokong oleh Moonton, iaitu pemaju permainan tersebut. Kejohanan ini bermula pada bulan April lepas dengan 512 pasukan memasuki kelayakan dalam talian dan membawa pulang jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

Geek Events yakin bahawa bakat e-sukan di Malaysia mempunyai nilai untuk disokong dan dilaburkan di mana ia berusaha dalam memberikan peluang berharga kepada bakat-bakat terbaik untuk menonjolkan kebolehan mereka. Oleh itu, Geek Events telah memutuskan untuk menjemput dan menaja pasukan Mobile Legends, Moonchild untuk mengambil bahagian dalam final MGC 2019, di mana mereka percaya bakat dalam pemain muda ini terserlah.

Bagi mereka yang tidak mengenali Moonchild, mereka adalah pasukan berbakat yang terdiri daripada kalangan pelajar dan berasal dari Sabah. Mereka pernah mewakili Sabah dalam pemilihan Sukan SEA Malaysia baru-baru ini yang mengumpulkan kesemua pasukan Mobile Legends yang terbaik di Malaysia. Walaupun menjadi underdog dalam kejohanan itu, mereka berjaya mendapatkan kemenangan 2-0 ke atas Xpax X-Assins, iaitu pasukan profesional yang bertanding di Liga Pro Mobile Legends.

Disebabkan ahli-ahli pasukan Moonchild ini semuanya masih lagi pelajar yang biasanya tidak mempunyai kewangan dan pengangkutan untuk menghadiri pertandingan, Geek Events akan kendalikan dan  menanggung perjalanan Moonchild serta pengaturan penginapan supaya mereka boleh pergi ke KL untuk menghadiri kejohanan tanpa perlu bimbang faktor-faktor yang menghalang mereka. Geek Events juga percaya bahawa mana-mana atlet e-sukan yang menunjukkan minat dan berpotensi berhak mempunyai peluang untuk berjuang tanpa mengira lokasi atau latar belakang mereka, dan mereka juga dengan senang hati akan menyokong peningkatan bakat baru dalam industri e-sukan Malaysia yang semakin pesat berkembang.

Tahniah diucapkan kepada Moonchild!

Tags: 2019geek eventsmgcmlMobile Legendsmoonchild
Previous Post

Phone ROG diskaun sebanyak RM1000 di Lazada!

Next Post

Sesi Temuramah bersama Ketua Yoodo – Chow Tuck Mun mengenai e-sukan dan Yoodo Gank

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Sesi Temuramah bersama Ketua Yoodo – Chow Tuck Mun mengenai e-sukan dan Yoodo Gank

Sesi Temuramah bersama Ketua Yoodo - Chow Tuck Mun mengenai e-sukan dan Yoodo Gank

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd