Siri Moon Knight keluaran Marvel Studios berakhir secara ‘cliffhanger’, di mana alter ego terakhir -Jake Lockley- diperkenalkan pada penghujung musim 1. Kerana itu, ramai peminat mula tertanya sama ada kemunculannya menandakan musim 2. Kini, pengarah Mohamed Diab dan pelakon utama Oscar Isaac seolah-olah telah mengesahkan Moon Knight Season 2 dalam sebuah video viral.
@hayaattiaaa Since y’all have been asking #oscarisaac #mohameddiab #moonknight ♬ original sound – haya
Dalam video itu, seorang TikToker bernama @hayaattiaaa (rupanya adalah anak pengarah) merakam video di atas bot yang sedang berlayar di Kaherah lalu bertanya kepada pengarah:
“Persoalan di fikiran semua orang, adakah ada Season 2?”
Pengarah Mohamed Diab kelihatan keliru, melihat persekitaran sekeliling dan bertanya “untuk Moon Knight?”
Kamera kemudian pergi ke arah pelakon utama Oscar Isaac, yang jawab:
“Untuk sebab apa lagi kita berada di Kaherah?”
Malangnya, kita tidak tahu sama ada duo ini hanya pergi bercuti di pelayaran santai, atau sedang meninjau lokasi penggambaran seterusnya.
Video TikTok itu mula viral di media sosial pada hari Rabu, tetapi Diab kini telah berkongsi video yang sama di akaun Twitter rasminya. Memandangkan Diab berkongsi video itu di Twitter, ramai peminat yakin bahawa ini adalah cara dia untuk mengesahkan “Moon Knight Season 2”.
Walau bagaimanapun, Marvel’s Studio masih belum memberi pengesahan rasmi, jadi janganlah peminat letakkan harapan 100% dulu.
Moon Knight Season 1 kini boleh ditonton melalui Disney+ Hotstar. Buat sesiapa yang tidak tahu tentang ceritanya, berikut adalah sinopsis:
Moon Knight mengisahkan tentang Steven Grant, seorang pekerja kedai cenderamata yang sangat baik dan berbudi bahasa, tetapi dibelenggu dengan memori daripada kehidupan lain. Steven kemudian mendapati dia mengalami gangguan identiti disosiatif dan berkongsi badan dengan tentera upahan Marc Spector.
Apabila musuh mula menyasar Steven/Marc, mereka harus mengawal identiti masing-masing yang kompleks sambil membongkarkan misteri yang berkaitan dewa-dewa Mesir yang berkuasa.
Untuk baca segala liputan berita terkini tentang game, teknologi, anime dan movie/tv, sila layari laman Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post