Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monsters 103 Mercies Dragon Damnation Bakal Tayang pada 21 Januari, Trailer Baharu Didedahkan!

Maira by Maira
January 15, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Monsters 103 Mercies Dragon Damnation Bakal Tayang pada 21 Januari, Trailer Baharu Didedahkan!

©Eiichiro Oda/SHUEISHA

Share on FacebookShare on Twitter

Netflix Anime telah mengumumkan bahawa adaptasi anime untuk manga one-shot One Piece yang dihasilkan oleh Eiichiro Oda “MONSTERS: 103 Mercies Dragon Damnation” akan ditayangkan di platform itu pada 21 Januari 2024! Bukan setakat itu sahaja, trailer rasmi anime akhirnya didedahkan!

Anime ini telah pun diumumkan pada bulan Julai yang lalu. Kalau anda ingin tahu, adaptasi anime Monsters ini hanya mempunyai satu episod sahaja. Ia akan dihasilkan oleh E&H Production dan diarahkan oleh Sunghoo Park, yang terkenal dengan hasilnya untuk siri Jujutsu Kaisen. Seperti yang didedahkan dalam teaser, ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1994 dan juga tersedia dalam antologi Wanted! yang terbit pada tahun 1998.

©Eiichiro Oda/SHUEISHA

Berlakukan dalam dunia One Piece, Monsters 103 Mercies Dragon Damnation akan membawa anda mengikuti kisah samurai Shimotsuki Ryuma dan tanduk naga yang telah hilang selama 10 tahun. Dikatakan bahawa tanduk tersebut mempunyai kuasa hebat tetapi tiada sesiapa yang ingat mengenainya. Peminat One Piece sudah tentu mengenali nama Shimotsuki Ryuma. Mana tidaknya, dialah ahli pedang legenda dalam siri malah moyang kepada Roronoa Zoro!

©Eiichiro Oda/SHUEISHA

Menurut Netflix, anime ini mempunyai masa tayangan selama 25 minit sahaja. Memandangkan ini hanyalah adaptasi daripada manga one-shot Oda-sensei, tidak peliklah jika episod ini pendek. Harap-harap banyak aksi yang dapat kita tonton nanti.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: MonstersMonsters 103 Mercies Dragon Damnationone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Tahniah! Blacklist & Team Secret Juarai Asia Pacific Predator League 2024!

Next Post

Unicorn Overlord Versi Digital Sudah Boleh Pre-order! Hadir Dengan DLC Percuma!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Unicorn Overlord Versi Digital Sudah Boleh Pre-order! Hadir Dengan DLC Percuma!

Unicorn Overlord Versi Digital Sudah Boleh Pre-order! Hadir Dengan DLC Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd