Netflix Anime telah mengumumkan bahawa adaptasi anime untuk manga one-shot One Piece yang dihasilkan oleh Eiichiro Oda “MONSTERS: 103 Mercies Dragon Damnation” akan ditayangkan di platform itu pada Januari 2024! Bukan setakat itu sahaja, visual pertama siri juga telah didedahkan.
Anime ini telah pun diumumkan pada bulan Julai yang lalu. Kalau anda ingin tahu, adaptasi anime Monsters ini hanya mempunyai satu episod sahaja. Ia akan dihasilkan oleh E&H Production dan diarahkan oleh Sunghoo Park, yang terkenal dengan hasilnya untuk siri Jujutsu Kaisen. Seperti yang didedahkan dalam teaser, ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1994 dan juga tersedia dalam antologi Wanted! yang terbit pada tahun 1998.
Berlakukan dalam dunia One Piece, MONSTERS: 103 Mercies Dragon Damnation akan membawa anda mengikuti kisah samurai Shimotsuki Ryuma dan tanduk naga yang telah hilang selama 10 tahun. Dikatakan bahawa tanduk tersebut mempunyai kuasa hebat tetapi tiada sesiapa yang ingat mengenainya. Peminat One Piece sudah tentu mengenali nama Shimotsuki Ryuma. Mana tidaknya, dialah ahli pedang legenda dalam siri malah moyang kepada Roronoa Zoro!
Kami pasti anda tidak sabar melihat aksi Ryuma nanti. Dengan Sunghoo Park yang mengarah one shot ini, suda pasti aksi yang bakal ditayangkan nanti memukau mata penonton. Untuk mendapatkan berita menarik mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post