Monster Hunter World akan dapat Deviljho DLC update yang percuma pada Mac 22. Capcom juga ada mengumumkan tentang event baru, item baru, dan termasuk juga crossover bersama Mega Man.
Mengikut report awal dari Famitsu, ada banyak tambahan besar seperti kebolehan untuk kembali ke Gathering Hall selepas setiap quest, termasuk dengan sedikit perubahan untuk keseimbangan kepada 14 jenis senjata.
BEWARE! The World Eater arrives in #MHWorld on March 22! pic.twitter.com/yZpw3zF2Uv
— Monster Hunter (@monsterhunter) March 14, 2018
Juga akan datang merupakan Spring Blossom Fest,satu event yang akan dijalankan dari April 6-20, yang akan membuatkan Gathering Hall korang berbunga-bunga, dilengkapi dengan Poogie Lantern besar dan juga pertunjukan bunga api pada waktu malam. Selain daripada itu, pada masa yang sama, ada satu senjata baru, ” Wyvern Ignition ” akan dimasukkan kedalam game.
Prepare for the MEATIEST OF CHOPS with the community created Great Sword: Wyvern Ignition.
Coming to #MHWorld April 6 pic.twitter.com/lFx28ouXAo
— Monster Hunter (@monsterhunter) March 14, 2018
Ditunjukkan jugak ada retro Mega Man outfit dan juga senjata untuk Palico, dan akan dimasukkan pada 13 April. Skin tu akan tukar kucing korang kepada original, petak-petak Mega Man.
Palicoes get equipped with Mega Man gear in #MHWorld starting on April 13 pic.twitter.com/KgCboeAaMc
— Monster Hunter (@monsterhunter) March 14, 2018
Ini sahaja update untuk kali ini, kalau ada update apa-apa lagi untuk Monster Hunter World, aku akan bukak lagi entri MHW ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post