Artian Weapon merupakan salah satu sistem senjata paling fleksibel dan berkuasa dalam Monster Hunter Wilds. Berbeza dengan senjata biasa yang mempunyai stats tetap, senjata ini boleh disesuaikan mengikut gaya permainan anda melalui kombinasi bahagian khas dan bonus reinforcement.
Panduan ini akan membantu anda memahami cara membuka, menempa, mengukuhkan, dan mengoptimumkan senjata unik ini.

Untuk mengakses Artian Weapon, anda perlu mencapai Hunter Rank (HR) 20 dan menewaskan Tempered Lala Barina serta Guardian Fulgur Anjanath. Selepas syarat ini dipenuhi, anda akan mula menerima bahagian senjata Artian daripada perburuan Tempered Monster. Bahagian ini muncul dalam bentuk appraisal item.
Bahagian Artian Weapon
Artian Weapon ditempa menggunakan empat jenis bahagian: Blade, Disc, Tube, dan Device. Setiap komponen mempunyai tiga tahap rarity (6, 7, dan 8), di mana rarity lebih tinggi memberikan stats asas yang lebih baik serta lebih banyak slot gem.
Selain itu, setiap bahagian membawa elemen tersendiri dan bonus Artian yang mempengaruhi atribut akhir senjata.
Semasa menempa senjata Artian, semua bahagian mesti mempunyai tahap rarity yang sama. Untuk senjata elemental, sekurang-kurangnya dua bahagian mesti berkongsi elemen yang diinginkan, manakala menggunakan tiga bahagian dengan elemen yang sama akan memberikan bonus elemen tambahan.
Anda boleh melihat atribut akhir senjata di skrin crafting sebelum mengesahkan build anda. Untuk senjata bukan elemental, gunakan tiga bahagian dengan elemen berbeza.

- Senarai Jenis Senjata & Bahagian yang Diperlukan
- Great Sword – Blade + Blade + Tube
- Long Sword – Blade + Tube + Tube
- Sword and Shield – Blade + Tube + Disc
- Dual Blades – Blade + Blade + Disc
- Hammer – Disc + Disc + Tube
- Hunting Horn – Disc + Device + Device
- Lance – Blade + Disc + Disc
- Gunlance – Disc + Disc + Device
- Switch Axe – Blade + Blade + Device
- Charge Blade – Blade + Disc + Device
- Insect Glaive – Blade + Tube + Device
- Light Bowgun – Tube + Device + Device
- Heavy Bowgun – Disc + Tube + Device
- Bow – Tube + Tube + Device

Artian Weapon boleh dicipta dengan sembilan jenis elemen: Fire, Thunder, Water, Ice, Dragon, Paralysis, Sleep, Blast, dan Poison. Pilihan elemen yang tepat bergantung pada strategi perburuan anda dan kelemahan raksasa yang diburu.
Cara-Cara ‘Reinforced‘ Artian Weapon
Setiap Artian Weapon boleh di-‘reinforced’ sehingga lima kali, dengan setiap tahap memberikan bonus rawak daripada pilihan berikut:
Untuk kebanyakan senjata:
- +5 Attack Boost
- +5 Affinity Boost
- Element Boost (berbeza mengikut jenis senjata)
- +30 Weapon Sharpness
Untuk Light dan Heavy Bowgun:
- +5 Attack Boost
- +5 Affinity Boost
- +1 Capacity Boost

Untuk reinforce Artian Weapon, anda memerlukan bahan bijih khas yang diperoleh melalui Festival Share di Smelting Foundry di Everforge. Bahan ini boleh didapatkan daripada Roqul atau dikumpulkan daripada Nata di khemah anda.
Setelah menewaskan Jin Dahaad versi High Rank, anda juga boleh menukar bahagian raksasa menjadi lebih banyak bijih ini dengan mengunjungi Roqul di Foundry di Oilwell Basin base camp.

Jika anda tidak berpuas hati dengan bonus yang diperoleh, anda boleh ‘dismantle’ senjata tersebut untuk mendapatkan semula bahan reinforcement, membolehkan anda mencuba semula tanpa kehilangan sumber berharga.
Senjata Elemental yang Optimal
Beberapa jenis senjata lebih mendapat manfaat daripada elemental boost berbanding yang lain.
Dual Blade, Light Bowgun, Heavy Bowgun, dan Bow merupakan senjata terbaik untuk build elemental, manakala Lance, Sword and Shield, Switch Axe, dan Long Sword berada dalam satu kategori bawah yang masih mendapat kelebihan daripada serangan damage.

Sebagai contoh, untuk Dual Blade, kombinasi reinforcement yang ideal ialah tiga Element Boost dan dua bonus Weapon Sharpness, bagi memaksimumkan output damage serta keberkesanan dalam pertempuran.
Strategi Pengoptimuman (Faktor RNG)
Sistem reinforcement Artian Weapon bergantung kepada RNG, bermakna setiap senjata mempunyai corak bonus reinforcement telah ditetapkan dan tidak boleh diubah dengan save scumming (reload save berulang kali).
Untuk senjata elemental, laluan naik taraf terbaik ialah mendapatkan 5x Element Boost, manakala 5x Attack Boost adalah pilihan ideal untuk build sepenuhnya damage.

Untuk mendapatkan senjata yang sempurna, anda perlu menghasilkan beberapa senjata jenis yang sama dan mencatat corak reinforcement yang diperoleh. Sebagai contoh, jika anda mahukan Dual Blade elemen Dragon dengan 5x Element Up, anda perlu mencipta beberapa Dual Blade dan melihat bonus yang diberikan.
Jika Dual Blades ke-13 mempunyai corak reinforcement yang tepat, anda perlu mengumpul bahan mencukupi untuk mencipta 13 senjata, menggunakan bahan berkualiti rendah untuk 12 yang pertama, dan menyimpan bahan terbaik untuk senjata ke-13.

Kaedah ini memerlukan grinding intensif untuk mengumpul bahagian Artian serta pemantauan teliti terhadap corak crafting, menjadikannya satu cabaran endgame yang sukar tetapi berbaloi.
Walaupun memakan masa, senjata yang dihasilkan akan disesuaikan sepenuhnya dengan gaya perburuan anda, memberikan kelebihan besar dalam memburu raksasa.

Artian Weapon adalah antara pilihan paling kuat dan fleksibel dalam Monster Hunter Wilds, tetapi mendapatkan versi terbaik memerlukan dedikasi dan strategi yang teliti. Dengan memahami sistem crafting dan sabar menjejak corak reinforcement, anda akhirnya boleh mencipta senjata yang sempurna untuk menakluk dunia perburuan.
Monster Hunter Wilds tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Jika berminat, dapatkan di SINI!
Anda juga sediakan lihat panduan lain yang kami sediakan bagi Monster Hunter Wilds:
- Tips Yang Perlu Anda Tahu Untuk Jadi Hunter Lebih Baik!
- Lokasi Terbaik untuk Mengumpul Semua Material!
- Panduan Lokasi “Camp” Paling Selamat & Berguna!
- Senjata & Skil Terbaik untuk Palico Anda!
- Perubahan Sistem Forging & Equipment, Wajib Tahu!
- Panduan Village Meal, Makanan Paling Beruntung Untuk Hunter!
- Monster Hunter Wilds – Senarai Armor Menarik Untuk Cuba! Dari Fantasi Ke Anime!
- Cara Dapatkan Nightflower Pollen, Item Rare untuk Upgrade!
@gamersantaimy
Discussion about this post