Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds – Gameplay Baru Dedah ‘Lala Barina’ & Apex Monster ‘Rey Dau!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024 - Updated on February 13, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, MHWilds, Open World, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds – Gameplay Baru Dedah ‘Lala Barina’ & Apex Monster ‘Rey Dau!’
Share on FacebookShare on Twitter

Pagi ini, Capcom meneroka ke wilayah yang tidak diketahui dengan mendedahkan lokasi, musuh dan ciri baharu yang bakal muncul dalam Monster Hunter Wilds. Secara lebih khusus, gameplay terbaru Monster Hunter Wilds mempamerkan Scarlet Forest dan raksasa labah-labah yang dikenali sebagai Lala Barina.

Pada masa yang sama, Capcom juga menunjukkan pandangan pertama pada apex monster di rantau dan menjelaskan butiran gameplay baharu, termasuk cara untuk bertarung dengan musuh yang lebih besar, memburu sebagai satu kumpulan walaupun secara single player, dan lain-lain.

Hunting Ground Baharu – Scarlet Forest, kawasan yang baru didedahkan di Forbidden Lands, ialah persekitaran yang subur dengan kehijauan. Seperti ekosistem lain dalam Monster Hunter Wilds, Scarlet Forest ialah persekitaran dinamik yang mengubah landskap dan hidupan liar yang tinggal di dalamnya.

Kredit: Capcom

Monster Baharu – Satu makhluk yang menghuni Scarlet Forest ialah Lala Barina. Sebahagian daripada kelas Temnoceran yang jarang dilihat dalam siri ini, Lala Barina menyerupai labah-labah, di mana enam kakinya dihiasi dengan duri yang tajam. Apabila marah, sebahagian daripada badannya akan terbuka lalu membentuk segumpal rambut merah yang berbentuk seperti bunga ros. Lala Barina boleh menghasilkan sutera dari mulut, yang boleh digunakan untuk menyerang atau bergerak.

Kredit: Capcom

Apex Monster – Setiap wilayah dalam Monster Hunter Wilds diperintah oleh apex monster. Di Windward Plains, monster yang dikenali sebagai Rey Dau memerintah. Pada mulanya dilihat di Summer Game Fest, Flying Wyvern tersebut telah dipamerkan secara menyeluruh. Ia mempunyai kawalan yang hebat ke atas kilat, dan muncul semasa ribut petir, menggunakan tenaga elektrik di udara untuk mengecas dan menembak letupan kilat besar-besaran dari tanduknya, serta menggunakan serangan udara akrobatik.

Kredit: Capcom

Support Hunter – Sama ada bermain solo atau online, Support Hunter boleh mengisi kekosongan dalam parti. NPC berguna ini termasuk Olivia, ahli Forbidden Lands Research Commission yang memegang tukul besi, yang juga akan memainkan peranan penting dalam cerita bersama dengan Palico elitnya, Athos.

Kredit: Capcom

Lebih Banyak Pergerakan Baharu – Selain rakan baharu, para hunter juga boleh berinteraksi dengan musuh dalam cara yang baharu. Ini termasuk Power Clash, di mana menghalang [blocking] serangan tertentu boleh mengunci pemburu ke dalam pertarungan fizikal, dan Offset Attacks, di mana serangan yang tepat pada masanya boleh mengganggu raksasa. Setiap percubaan yang berjaya daripada kedua-dua kebolehan baharu ini boleh menyebabkan raksasa hilang keseimbangan lalu memberi peluang untuk melakukan serangan kritikal atau serangan khas yang kuat.

Kredit: Capcom

Penerokaan Lancar – Apabila jauh dari base camp, para hunter boleh memulakan ekspedisi dengan beberapa objektif. Quest boleh bermula dengan menyasarkan raksasa di kawasan itu menggunakan peta atau hanya dengan mengalahkan raksasa tersebut ketika di medan. Pemain juga boleh bersedia untuk quest seterusnya tanpa perlu kembali ke base dengan menggunakan gril BBQ portable untuk mendapatkan stats boost atau dengan berehat di Pop-up Camp. Markas mudah alih ini adalah tempat yang mudah untuk menguruskan barang dan peralatan, berfungsi sebagai tempat rehat selepas pengsan, dan boleh digunakan sebagai destinasi fast-travel.

Kredit: Capcom

Monster Hunter Wilds akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada tahun 2025 dengan sokongan crossplay. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact Ke Xbox & Kolaborasi Khas ‘Honkai: Star Rail x Fate/stay night UBW!’

Next Post

Crayon Shin-Chan Experience Malaysia Akan Bermula Pada September 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Crayon Shin-Chan Experience Malaysia Akan Bermula Pada September 2024!

Crayon Shin-Chan Experience Malaysia Akan Bermula Pada September 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd