Hari ini, Capcom telah mendedahkan tarikh pelancaran rasmi untuk Monster Hunter Stories 2 semasa acara digital bagi dua judulnya yang akan datang. Berita ini datang bersama trailer baru yang menceritakan kisahnya, pengumuman amiibo baru, dan pendedahan edisi Deluxe. Di sini, Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan dilancarkan pada Julai 2021 di seluruh dunia!
Trailer baru untuk “spin-off RPG” ini menumpukan pada latar belakang dan naratif jalan cerita di mana pemain akan mengawal cucu kepada protagonis daripada permainan pertama, yang menetas telur dengan Rathalos di dalamnya. Pada penghujung video, Capcom mendedahkan tarikh pelancaran rasmi Wings of Ruin bersama dengan edisi deluxe, amiibo, dan pelbagai skin tambahan.
Jom kita lihat trailer dan tangkapan skrin di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
Untuk sesiapa yang berminat, edisi deluxe menawarkan set perisai Razewing Armor Alpha dan Beta serta gaya rambut Spiky Nergal. Anda juga mendapat pakaian Kuan Coat Ena dan kostum Nergigante + Pukei-Pukei untuk Navirou. Selain itu, terdapat juga pelekat Adventure Buddies 2 dan 3.
Tiga watak dari game ini iaitu; Razewing Ratha, Tsukino, dan Ena – semuanya akan tersedia sebagai amiibo sempena pelancaran permainan, dan masing-masing akan membolehkan pemain untuk memuat turun dan menggunakan “layered armor” masing-masing, bergantung pada amiibo mana yang diaktifkan.
Sekiranya anda menyimpan save data dari Monster Hunter Rise, pengguna juga dapat mengaktifkan beberapa “layered armor” khas di Monster Hunter 2 Stories: Wings of Ruin berdasarkan Kamura Garb yang anda lihat dalam permainan utama.
Pada masa yang sama, Capcom mengumumkan demo kedua Monster Hunter Rise yang sepatutnya keluar pada 26 Mac dengan kandungan tambahan. Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch di seluruh dunia pada 9 Julai 2021. Anda boleh membaca liputan kami tentang francais Monster Hunter di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post