Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Open World ARPG ‘Ragnarok Abyss’ Umum CBT Pada Disember 2025! Sertai Acara & Pra-daftar Untuk Dapatkan Ganjaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Open World, RPG
0 0
0
Mobile Open World ARPG ‘Ragnarok Abyss’ Umum CBT Pada Disember 2025! Sertai Acara & Pra-daftar Untuk Dapatkan Ganjaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Ragnarok Abyss, sebuah “mobile cross-platform open world action-RPG” oleh Gravity Game Tech, telah secara rasminya mengumumkan tarikh rasmi bagi Ujian Beta Tertutup (CBT) yang dinanti-nantikan. Ujian ini akan berjalan dari 10 hingga 18 Disember 2025.

Pastikan anda membuat pra-pendaftaran untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dan bersedia untuk memulakan pengembaraan epik dalam dunia Ragnarok Abyss.

Fanlight Mission

Di samping membuat pra-pendaftaran, para pemain dijemput untuk menyertai Fanlight Mission. Melalui misi ini, anda berpeluang menyelesaikan pelbagai tugasan untuk mengumpul mata yang boleh ditukarkan dengan ganjaran tambahan.

Ada pelbagai aktiviti dalam Fanlight Mission yang membolehkan pemain meraih mata, antaranya termasuklah mereka cipta kad profil yang unik dan menarik untuk menyerlahkan identiti anda sebagai seorang penduduk di dunia Midgards!

Sertai Fanlight Mission di sini: https://www.roabyss.com/FANLIGHTMISSION

Acara Pra-Pendaftaran

Dengan membuat pra-pendaftaran di laman web rasmi atau melalui gedung aplikasi, anda akan layak menerima ganjaran serta-merta apabila tempoh Open Beta Test (OBT) bermula. Selain itu, misi Milestone juga akan diadakan, yang mana ganjaran bonus akan diberikan kepada semua pemain di server setiap kali satu pencapaian berjaya dicapai.

Jangan lepaskan peluang untuk mengajak dan berkongsi berita ini dengan rakan-rakan anda agar mereka turut serta membuat pra-pendaftaran.

Jom pra-daftar sekarang!

Khas di Malaysia, Mari Sertai Ragnarok Abyss: First Explorers Special Trial

Kepada semua pemain di Malaysia, pihak penerbit game ini juga menjemput anda untuk menyertai sebuah acara ujian gaming yang sangat eksklusif, iaitu Ragnarok Abyss: First Explorers Special Trial!! Jadilah antara yang terawal untuk merasai sendiri pengalaman bermain game tersebut! Info adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 30 November 2025
  • Masa: 10:00 pagi – 2:00 petang
  • Lokasi: Orange Esports Club QCM
  • Daftar di sini: https://forms.gle/Fyje1VEVxhFrTyR57

Keistimewaan Ragnarok Abyss

Game ini mengajak pemain mengalami pengembaraan pertama Ragnarok dalam format open world yang luas merentasi alam Midgards. Ragnarok Abyss membawakan sistem combat Action-RPG yang menguji ketangkasan anda dalam mengatur masa, mengelak serangan musuh, dan menggunakan kemahiran secara strategik.

Para pemain juga akan disajikan dengan pelbagai teka-teki, penerokaan dunia yang mengasyikkan, serta kisah-kisah rahsia yang boleh dibongkar untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.

  • Open World Luas — Jelajahi dunia Midgards tanpa halangan dalam sebuah persekitaran yang lancar.
  • Sistem Combat Action-RPG — Alami pertarungan yang dinamik dan pantas, bergantung pada kemahiran mengelak dan menyerang yang tepat.
  • PVP Berasaskan Keadilan — Mod perlawanan antara pemain (PVP) yang tidak bergantung pada Combat Points untuk memastikan persaingan yang seimbang.
  • Elemen Teka-teki — Cabar minda anda dengan menyelesaikan teka-teki yang tersebar di serata dunia permainan untuk mendapatkan ganjaran istimewa.
  • Sokongan Cross Platform — Main pada bila-bila masa dan di mana jua, sama ada di PC atau peranti mobile.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti media sosial rasmi Ragnarok Abyss di bawah:

  • Laman Web: https://roabyss.com/
  • Facebook: https://www.facebook.com/roabyss.en
  • Discord: https://discord.gg/wakvcy4GUu
  • Line: https://line.me/R/ti/p/@roabyss

Tags: Ragnarok Abyss
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Xiaomi 15T – Peranti Mid-Range Cukup Berkuasa Dengan Ciri-Ciri Hebat

Next Post

Nintendo Ambil Alih Bandai Namco Studios Singapore, Kini Bernama Nintendo Studios Singapore!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Nintendo Ambil Alih Bandai Namco Studios Singapore, Kini Bernama Nintendo Studios Singapore!

Nintendo Ambil Alih Bandai Namco Studios Singapore, Kini Bernama Nintendo Studios Singapore!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd