Ejen Ali bakal memasuki pasaran MOBA dengan pelancaran Agents’ Arena, MOBA pertama dari Malaysia yang boleh didapati di pelantar mobile. Game ini diumumkan pada hari Jumaat, 24 Januari di halaman Facebook rasmi Ejen Ali bersama dengan pengumuman bahawa versi Closed Beta sudah tersedia untuk ujian, walaupun ia belum dikeluarkan di seluruh dunia lagi.
Menampilkan beberapa watak popular seperti Ejen Ali, Rudy, Alicia, Mika, Roza dan Khai, game mobile baru ini dibangunkan oleh Media Prima Digital dan Common Extract. Sedikit berbeza daripada permainan MOBA biasa, Agents’ Arena menampilkan game 3v3 di mana satu pasukan yang terdiri daripada 3 pemain akan bertarung antara 3 lane sambil memusnahkan turret/tower dengan matlamat utama untuk memusnahkan pangkalan musuh. Buat masa ini, hanya 6 watak sahaja diumumkan, setiap satu dengan kebolehan dan posisi unik mereka sendiri.
Agents’ Arena dijangka akan keluar pada awal Mei 2020, dan boleh dimainkan pada pelantar iOS dan Android. Peminat yang tidak sabar untuk mencuba, boleh mendaftarkan diri sekarang menjadi beta tester di link ini. Anda boleh lihat liputan ini di video di bawah berkat ntv7:
@gamersantaimy
Discussion about this post