Hari ini, TiMi Studio dan Level Infinite telah mengesahkan bahawa game MOBA ‘Honor of Kings‘ akan dilancarkan secara global pada 20 Jun untuk peranti mobile Android dan iOS. Kini, semua orang termasuk pemain di Malaysia, dapat mengalami keseronokan pertempuran sengit bagi “mobile MOBA paling popular di dunia”.
Mereka yang berminat boleh pre-register sekarang melalui laman web rasmi.
Untuk meraikan pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer rasmi yang anda boleh tonton di bawah:
Menurut GamerBraves; mulai hari ini, pemain boleh pre-register game ini bagi menuntut sejumlah ganjaran menarik. Lebih banyak orang yang pre-register, lebih banyak ganjaran yang akan dibuka termasuk termasuk 500 Diamond, 2,000 Arcana Fragment, 5,000 Starstone, Trial Card untuk semua hero, hero percuma Ying dan skin percuma Crimson Tassel untuk Ying.
Semua ganjaran pre-register akan dihantar kepada pemain selepas pelancaran game melalui in-game mailbox.
Tentang Honor of Kings Global
Pertama kali dikeluarkan di tanah besar China pada 26 November 2015, Honor of Kings menjadi salah satu game MOBA yang paling hangat di negara tersebut.
Adaptasi antarabangsa, bertajuk Arena of Valor, telah dikeluarkan pada Oktober 2016; dan menggunakan game engine yang sama tetapi banyak mengubah reka bentuk user interface dan hero untuk menarik perhatian pasaran Barat.
Mulai November 2020, Honor of Kings mempunyai lebih 100 juta pemain aktif setiap hari, menjadikannya salah satu game paling popular di dunia, serta game mobile dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Pada masa yang sama, ia menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia.
Supaya dapat kembali ke asasnya, Level Infinite memutuskan untuk membawa Honor of Kings ke peringkat global! Tanpa perubahan dan setulen mungkin seperti versi China, kini semua orang dapat mencuba game MOBA tersebut tidak lama lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post