Crystal of Atlan, sebuah “cross-platform magicpunk MMO action RPG” serba baharu, kini dibuka untuk pra-daftar di App Store, Google Play, dan PC. Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan, game ini dijangka akan tiba pada tahun 2025.
Pemain yang mendaftar awal akan menerima Legend Returns Outfit secara eksklusif semasa pelancaran. Jika jumlah pra-pendaftaran mencecah 8 juta, semua pemain juga akan mendapat 100,000 Gold serta pelbagai item dalam game.
Dibangunkan dan diterbitkan oleh VIGAMES (Nuverse), Crystal of Atlan menawarkan pengalaman MMORPG free-to-play dengan sokongan cross-play untuk Android, iOS, dan PC.
Berlatarbelakangkan dunia magicpunk—di mana keajaiban dan teknologi bergabung—game ini membawa pemain ke benua terapung Atlan, di mana mereka akan menyertai Adventurer’s Guild untuk meneroka kawasan luas, menjelajah runtuhan purba, dan bertarung dalam aksi udara fast-paced.

Di sebalik Crystal of Atlan tersembunyi sebuah kisah tentang rahsia Crystal of Atlan, sumber tenaga utama dunia yang menjadi rebutan, sambil pemain perlu bertarung menentang kuasa kegelapan yang semakin mengancam.
Ada pelbagai kelas karakter untuk dipilih, termasuk Swordsman, Musketeer, Puppeteer, dan Berserker, setiap satu dengan abiliti unik serta lebih 20 kombinasi skil yang boleh disesuaikan.

Berbeza dengan MMORPG tradisional yang bergantung pada sistem tab-targeting, Crystal of Atlan menampilkan sistem pertempuran aksi pantas, dengan kombo darat dan udara, mekanik dodging, serta serangan berasaskan ketepatan.
Sistem pertempurannya sering dibandingkan dengan Genshin Impact dan Tower of Fantasy, namun ia lebih menekankan aspek perkembangan gaya MMO dan sosial. Pemain boleh bekerjasama dalam dungeon, raid, aktiviti guild, serta eksplorasi berpasukan, menjadikan pengalaman bermain lebih interaktif.

Untuk berita terkini, ikuti laman web rasmi Crystal of Atlan!









Discussion about this post