Hari ini, acara Jump Festa ’23 mendedahkan bahawa manga Mission: Yozakura Family (Yozakura-san Chi no Daisakusen) oleh Hitsuji Gondaira akan mendapat adaptasi anime televisyen pada tahun 2024 di mana SILVER LINK akan bertanggungjawab untuk produksi projek.
Sempena itu, akaun Twitter rasmi bagi manga telah menyiarkan visual anime manakala Gondaira melukiskan ilustrasi untuk meraikan pengumuman anime:
Bagi mereka yang tidak tahu, Mission: Yozakura Family ditulis dan dilukiskan oleh Hitsuji Gondaira. Siri ini asalnya bermula dalam Weekly Shonen Jump Shueisha pada 26 Ogos 2019 dan babnya disusun ke jilid tankobon individu oleh Shueisha. Jilid pertama diterbitkan pada 4 Februari 2020 dan sehingga 4 November 2022, sebanyak 15 jilid telah diterbitkan.
Untuk mereka yang ingin membaca manga ini secara percuma, perkhidmatan Shueisha MANGA Plus turut mengeluarkan manga ini secara digital dalam bahasa Inggeris. Berikut adalah sinopsis:
Siri ini mengikuti Taiyo Asano, seorang budak lelaki yang kehilangan keluarganya dalam kemalangan kereta. Rakan zaman kanak-kanaknya, Mutsumi Yozakura, adalah satu-satunya kegembiraan dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, keadaan berubah untuk Taiyo sekali lagi, apabila dia mendapati bahawa gurunya bukan sahaja abang kepada Mutsumi, tetapi dia juga berasal dari keluarga pengintip. Selepas pergaduhan yang melibatkan keluarga Yozakura, Taiyo menjadi suami Mutsumi, dan untuk melindunginya, dia sendiri mesti menjadi pengintip.
Untuk membaca segala liputan kami tentang anime termasuk berita terkini, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post