Terdapat banyak persoalan mengenai Xbox Series X, dan banyak daripadanya tertumpu pada rakannya yang mesra bajet, Xbox Series S. Oleh kerana ia direka sebagai alternatif yang lebih murah daripada Xbox Series X, persoalan terbesar adalah nilai harganya, tetapi nampaknya soalan itu akhirnya dijawab. Dengan hanya dua bulan sebelum pelancaran Xbox Series X pada bulan November, Microsoft mengambil keputusan hari ini untuk menampilkan penampilan Xbox Series S dan harga rasminya.
👀 Let’s make it official!
Xbox Series S | Next-gen performance in the ˢᵐᵃˡˡᵉˢᵗ Xbox ever. $299 (ERP).
Looking forward to sharing more! Soon. Promise. pic.twitter.com/8wIEpLPVEq
— Xbox (@Xbox) September 8, 2020
Ciri-ciri utama:
- Hampir 60 peratus lebih kecil daripada Xbox Series X
- Semua digital
- Resolusi 1440p hingga 120 bingkai sesaat
- DirectX ray tracing
- Variable-rate shading
- Variable refresh rate
- Latensi ultra rendah
- Custom 512 GB NVME SSD yang dikuasakan oleh Xbox Velocity Architecture
- 4K streaming media playback
- Peningkatan 4K untuk permainan video
Pendedahan terbesar di sini adalah reka bentuk rasmi Series S, yang merupakan sebuah segi empat tepat kelabu yang menyerupai Xbox One S dengan bulatan hitam besar di bahagian depan. Kedua ialah Xbox Series S akan berharga $299 (anggaran RM1245.04) apabila dilancarkan bersama dengan Xbox Series X pada 10 November. Ramai yang bersetuju bahawa $299 adalah harga yang ideal untuk konsol generasi berikutnya menurut spesifikasi Xbox Series S. Tetapi masih sukar untuk percaya yang sebuah konsol penuh dengan perkakasan generasi seterusnya mempunyai nilai harga yang lebih kurang sama dengan Nintendo Switch.
Bagi Xbox Series X pula, khabar angin terbaru mengatakan bahawa ia akan berharga $499 (anggaran RM2077.84) semasa pelancaran. Ini ialah berita yang lebih baik berbanding harga $599 (menurut kebocoran terbaru di internet) dan sama seperti dengan harga Series S, saya rasa ia sesuai dengan bajet orang ramai untuk sebuah konsol generasi baru.
Secara keseluruhan, harga di atas amat berpatutan, tetapi tiada apa yang saya boleh mengesahkan sehingga Microsoft secara rasmi mengumumkannya sebelum tarikh pelancaran. Xbox Series X akan dilancarkan pada bulan November 2020 manalala Xbox Series S dikhabarkan akan dilancarkan bersamanya pada 10 November. Untuk segala berita tentang jenama Xbox, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post