Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Microsoft membawa Game Bar baru didalam Windows 10 dan ia tampak lebih menarik!

Microsoft siap masukkan widget apps yang awesome lah

Nyny.A by Nyny.A
April 5, 2019 - Updated on April 8, 2019
in Artikel, Berita, PC, Teknologi
0 0
0
Microsoft membawa Game Bar baru didalam Windows 10 dan ia tampak lebih menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Microsoft yang sentiasa akan hadir dengan benda baru kali ini sekali lagi telah menarik perhatian para-para gamers untuk mendapatkan Game Bar terbaru Windows 10 yang tersedia untuk penguji Beta hari ini.

Pihak Microsoft Phil Spencer mengakui bahawa tahun lepas bahagian perisian Microsoft berusaha untuk menaiktaraf Windows 10 untuk PC gamers. Microsoft kini mula meningkatkan integrasi Xbox di PC dengan pemulihan dan peningkatan yang agak besar untuk ciri-ciri Game Bar di Windows 10.

Windows 10 Game Bar

Game Bar yang dikemas kini termasuk widget yang kelihatan lebih seperti ‘overlay’ yang korang akan temukan dalam pengalaman ‘GeForce Nvidia’. Meningkatkan aspek sosial para streamers game untuk melihat statistik prestasi dan interaksi bersama penonton.

Seperti biasa, semua ciri Game Bar ini boleh diakses dengan menekan kekunci Windows Key+G ketika dalam game. Dan yang pastinya, korang boleh mematikan sepenuhnya Game Bar tersebut bila-bila masa.

Okay, ini antara update dalam Game Bar Windows 10;

Akses Spotify yang cepat (Quick Spotify access)                                                                                            

Korang kini boleh mengawal Spotify untuk Windows 10 tanpa ‘minimize‘ game yang tangah korang main. (muat turun Spotify) Caranya mudah je, tarik Windows 10 Game Bar dan korang dapat mengawal media dan ‘volume mix’ terus dari overlay. Korang juga boleh melayari katalog Spotify dan sekiranya korang mendengar pada speaker atau sistem lain, korang boleh terus tengok dari ‘overlay’ tersebut.

Membuat ‘Meme’ ?

Buat meme? Seriuslah? Ya dengan update Windows 10 Game Bar ni, Microsoft telah mengeluarkan beberapa alat sosial (social widgets). Sebelum ini, korang boleh ‘screenshot‘ dan dengan serta-merta kongsikan ke akaun Twitter korang tanpa meninggalkan game. Tapi feature kali ni pulak, korang dapat edit ‘screenshot‘ korang siap boleh letak meme sebelum kongsikan di Twitter.

UI berasaskan widget yang disesuaikan

Pihak Microsoft turut memberi tumpuan untuk Windows 10 Game Bar ini agar menjadi lebih mudah dan lebih bersesuaian untuk korang. Cuma tekan menu di sebelah kiri untuk mengalihkan atau mematikan aspek yang berbeza (on off toggle). Setiap widget juga boleh dialihkan, dikecilkan dan disematkan (pinned) pada skrin.

Sistem sosial media yang lebih ‘Awesome’!

Isu yang diperkaitkan kepada pihak Microsoft untuk Xbox sebelum ini mengenai akses berhubung bersama kawan-kawan games telah memberi impak yang besar, kebanyakkan pemain telah beralih ke ‘Discord’ kerana ianya lebih cepat dan memudahkan pemain untuk berhubung bersama kawan-kawan.

Oleh sebab itu, pihak Microsoft jelas memdahulukan situasi ini. Pihak Microsoft mengemas kini dan mengeluarkan Xbox Chat (beta) dan Xbox Social (beta). Kedua-dua widget ini menyediakan akses pantas kepada senarai kawan-kawan gaming korang. Widget gaya tab disediakan untuk carian rakan, akses parti, dan berbual. Widget ini juga boleh diselaraskan dan dipindahkan atau dilumpuhkan (disable) sepenuhnya melalui menu tetapan (settings).

Lebih mesra pengguna

Tanggapan yang relatif terhadap respon pemain games PC pada Game Bar ini cukup menarik. Mampu mengakses ‘sound mix’, prestasi grafik dan sistem tangkapan video atau gambar permainan ‘screenshot’ dengan menekan kekunci yang senang diingat dan juga kelajuan yang diperkuatkan untuk sistem sosial Xbox Live adalah sangat menggalakkan.

Maka dengan harapan yang tinggi, pihak Microsoft menanti maklum balas dari pengunna Beta sebelum diperluaskan. Kalau korang nak uji Game Bar ini, korang boleh melakukannya dengan melancarkan Hub Xbox Insider pada Windows 10 PC dan memilih Windows Gaming dari konten insider (insider content).

Sumber: Reddit, Windows Central 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game BarMicrosoftWindows 10Xbox Game Bar
Previous Post

Super Mario Odyssey dan The Legend of Zelda: Breath of the Wild dapat digunakan di Nintendo Labo VR-kit

Next Post

Tumpaskan Setiap Boss Sekiro Tanpa Cedera

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Tumpaskan Setiap Boss Sekiro Tanpa Cedera

Tumpaskan Setiap Boss Sekiro Tanpa Cedera

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd