Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metroid Dread menampilkan gameplay aksi baru & dunia lebih luas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2021
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Metroid Dread menampilkan gameplay aksi baru & dunia lebih luas!
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Nintendo Direct pagi tadi telah menyampaikan pelbagai pengumuman untuk platform Switch dan ini termasuk Metroid Dread, game sekuel 2D terbaru dalam francais klasik Metroid. Dikatakan lebih “luas”, Nintendo mengeluarkan treler gameplay yang mempamerkan lebih banyak tentang dunia dan lokasi yang boleh dijelajahi oleh pemain dalam Metroid Dread.

Pertama sekali, treler gameplay baru telah mengesahkan bahawa Metroid Dread akan berlangsung di atas Planet ZDR. Planet ini terbahagi kepada beberapa kawasan, dan menunjukkan bahawa Metroid Dread tidak akan menggunakan satu lokasi sahaja, sebaliknya menggabungkan beberapa lokasi utama untuk menjadi satu dunia “open-world” (dalam konteks 2D, bukan 3D ya). Untuk trailer ini, tiga kawasan baru dipamerkan dan terdiri daripada: Ghavoran yang dipenuhi oleh alam semula jadi, Burenia yang mempunyai bandar suram dengan pelbagai jenis bangunan futuristik, dan Ferenia yang orang ramai anggap adalah tempat asal kepada kaum Chozo kuno.

Disebabkan setiap lokasi adalah berbeza, tentunya biom atau flora/fauna yang datang bersama pun akan bervariasi. Sebagai contoh: Samus Aran (protagonis) akan menjelajah di kawasan bawah air, gua-gua yang dipenuhi lava, dan satu lagi gua yang penuh dengan pokok menjalar dan parasit yang memakan manusia. Itu adalah antara lokasi yang pemain bakal meneroka di atas Planet ZDR.

Matlamat Samus di planet ini juga dijelaskan di mana dia ditugaskan untuk mengenal pasti jika X Parasite masih wujud dan apa yang terjadi pada robot yang dihantar untuk mencari X Parasite. Bagi mereka yang kurang tahu, X Parasite adalah antara ancaman paling berbahaya di dalam francais dan pertama kali dilihat secara kronologi di Metroid: Samus Returns lalu kemudian dibunuh di Metroid Fusion.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Mungkin ada yang risau tentang sistem pertempuran memandangkan Metroid Dread masih menggunakan sistem 2D, tetapi korang jangan lah risau kerana mekanik “power-up” dan abiliti milik Samus telah menerima beberapa perubahan dan penambahbaikan supaya terasa sedikit lain berbanding ansuran sebelum. Perkara ini pun anda boleh tonton dalam trailer di atas supaya dapat gambaran kasar. Korang pun tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mencuba kerana Metroid Dread akan dikeluarkan pada 8 Oktober secara eksklusif hanya di Nintendo Switch.

Untuk segala liputan kami tentang Metroid, sila tekan pautan ini.

Tags: GameplayMetroid Dreadnintendo switchTreler
Previous Post

Manga Dr. Stone akan memasuki babak terakhir tidak lama lagi!

Next Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan mendapat 6 karakter terbaru percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan mendapat 6 karakter terbaru percuma!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles akan mendapat 6 karakter terbaru percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd