Baru-baru ini, semasa siaran langsung ulang tahun ke-30 Metal Max, 24Frame telah mengumumkan bahawa game JRPG open-world tank mereka, Metal Max Xeno: Reborn akan tiba di Amerika. Namun, selain dari pengumuman itu, mereka juga turut mendedahkan pelancaran untuk Metal Saga: Hangyaku No Rouka bagi platform Nintendo Switch.
Metal Saga: Hangyaku No Rouka merupakan entri baru dalam siri ini dan menjadi barisan Saga yang pertama, tidak termasuk spin off game mobile mereka iaitu Metal Saga: Hagane No Kisetsu yang hanya tersedia di Jepun sahaja. Game bounty-hunting RPG ini telah disahkan akan tiba di Nintendo Switch dan dilaporkan mempunyai sokongan bahasa selain bahasa Jepun. Ini boleh menjadi petanda bahawa penerbit akan melancarkan Metal Saga: Hangyaku No Rouka secara global pada waktu pelancaran yang belum diumumkan buat masa ini.
Berikut adalah maklumat gameplay mengenai Metal Saga: Hangyaku No Rouka:
Simbol Bounty
Seperti entri siri sebelum ini yang menggunakan sistem random encounter, semua raksasa di Metal Saga: Hangyaku No Rouka akan mempunyai simbol bounty di kepala mereka. Raksasa-raksasa ini boleh ditemui dalam ekosistem dan tempat mereka seperti dalam dungeon, jadi pemain boleh memikirkan cara untuk mengelak dari pertempuran rawak dengan raksasa
Pertempuran secara langsung
Dengan penambahan simbol bounty, sistem pertempuran game ini akan lebih realistik dan lancar. Pertempuran dalamnya juga telah mendapat perubahan baru dan tidak menggunakan sistem pertarungan command-based seperti siri yang lama.
Sistem Strategy
Pengulangan input arahan digantikan dengan sistem “Strategy”, bagi melakukan tugas berulang seperti meningkatkan level dengan lebih mudah. Karakter yang Strategy-nya disetkan ON akan bertindak mengikut arahan yang telah diberikan. Anda juga dapat beralih antara Strategy dalam pertempuran bergantung mengikut situasi, contohnya seperti bounty battle.
Membina Villa anda sendiri
Dengan penambahan sistem ganjaran untuk interior dan costume yang popular di game sebelum ini, Hangyaku No Rouka akan membolehkan pemain memiliki villa mereka sendiri di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni dan boleh bercucuk tanam di sana. Anda boleh ubah suai interior, membina pelbagai fasiliti, membuka garaj mencuci kereta dan menjemput karakter kegemaran untuk tinggal di villa anda sebagai tempat persembunyian.
Buat masa ini, 24Frames belum mengumumkan lagi tarikh rasmi pelancaran untuk Metal Saga: Hangyaku No Rouka. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan game ini, anda boleh layari laman rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post