Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result
Home Artikel

Metal Gear Solid 3 Remake Diumumkan! Akan Hadir ke PS5, Xbox Series & Steam!

Maira by Maira
May 25, 2023
in Artikel, Berita, Game, Remake
0 0
0
Metal Gear Solid 3 Remake Diumumkan! Akan Hadir ke PS5, Xbox Series & Steam!

Kredit imej: Konami

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama khabar angin dalam komuniti gamer, akhirnya Konami membawa kembali Metal Gear Solid 3: Snake Eater dalam versi remake! Bertajuk “Metal Gear Solid Δ (Delta): Snake Eater “, game ini akan membawa semula penceritaan asal serta dialognya. Ia juga akan hadir ke PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Semasa livestream PlayStation Showcase, trailer teaser CGI untuk Metal Gear Solid Delta: Snake Eater telah pun ditayangkan. Bukan setakat itu sahaja, MGS turut mendapat versi koleksi oleh Konami, Metal Gear Solid: Master Collection Vol. 1. Dalam koleksi ini, terdapat tiga game pertama MGS dan dijadualkan untuk pelepasan pada hujung tahun 2023 di pelbagai platform.

Sumber: Konami

Setelah lama francais ini menyepi, akhirnya ia dibangkitkan semula oleh Konami, dan sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk kembali kepadanya. Sudah tentu pemain baharu juga tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya. Buat sementara ini, tiada tarikh pelancaran yang diumumkan, jadi kita perlu tunggu kemas kini terbaharu daripada Konami mengenai remake Metal Gear Solid 3 ini.

Tentang Metal Gear Solid 3

Diarahkan oleh Hideo Kojima, game stealth action ini telah dilancarkan pada 2004. Berlatarkan Kesatuan Soviet era Perang Dingin, cerita game ini berpusat pada operasi FOX Naked Snake ketika dia cuba menyelamatkan pereka senjata dan mensabotaj senjata super eksperimen yang dikenali sebagai Shagohod.

Sumber: Konami

Metal Gear Solid 3 diterima dengan baik secara kritis dan komersial, menjual lebih daripada 3.96 juta salinan di seluruh dunia dan mendapat metascore 91 pada Metacritic.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metal Gear SolidMetal Gear Solid 3 RemakeMetal Gear Solid Δ: Snake Eater
ShareTweetSend
Previous Post

Preview Final Fantasy XVI – Kali terakhir melihat dunia Dominant sebelum launch rasmi!

Next Post

Alan Wake 2 Rasmi Lancar 17 Oktober 2023, Trailer Gameplay Rasmi Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1
Temuramah

Interview World of Warcraft: Dragonflight bersama Blizzard – Perubahan dalam Update 10.1

May 26, 2023
[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!
Review

[Review] ROG Ally Z1 Extreme – Gaming PC mudah alih bukan lagi mimpi!

May 26, 2023
Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!
Berita

Game The Lord of the Rings: Gollum Terima Kritikan Hebat, Antara Game Paling Teruk 2023!

May 26, 2023
Next Post
Alan Wake 2 Rasmi Lancar 17 Oktober 2023, Trailer Gameplay Rasmi Didedahkan!

Alan Wake 2 Rasmi Lancar 17 Oktober 2023, Trailer Gameplay Rasmi Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2023 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In