Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengenali Etrian Odyssey II HD – Pengenalan kepada dunia permainan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, RPG, Steam
0 0
0
Mengenali Etrian Odyssey II HD – Pengenalan kepada dunia permainan
Share on FacebookShare on Twitter

Etrian Odyssey Origins Collection akan datang ke Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023. Sebagai koleksi, ia menampilkan tiga RPG remastered yang termasuk Etrian Odyssey HD, Etrian Odyssey II HD dan Etrian Odyssey III HD di dalam satu bundle besar. Sempena itu, saya ingin memberi pengenalan kepada Etrian Odyssey II HD, salah satu game daripada koleksi tersebut serta ciri-ciri baharu yang ditambahkan pada edisi remastered.

Buat mereka yang tidak tahu, Etrian Odyssey ialah siri ‘3D dungeon-crawling RPG’ di mana pemain memilih lima pengembara daripada pelbagai kelas dan menggabungkan kemahiran mereka untuk mencari harta karun dalam labirin yang luas, sambil mencipta peta yang unik. Setiap labirin adalah kompleks dan didiami oleh raksasa ganas, jadi pemain harus bijak ketika melangkah masuk dengan menjejak laluan peta, mencatat sebarang ‘shortcut’, memperoleh tumbuhan, dan mineral untuk akhir sekali mendapatkan harta karun tersembunyi.

Kredit: Asia

Disebabkan ini versi remastered, Etrian Odyssey II HD dikemas dengan beberapa elemen ‘quality-of-life’ baharu seperti pemilihan ‘difficulty’ (kesukaran), fungsi auto-mapping dan banyak lagi. Selain itu, semua visual direka semula dengan grafik berdefinisi tinggi.

Sinopsis

Kredit: Asia

Di High Lagaard, sebuah krisis telah menyebabkan orang ramai berminat dengan sebuah istana terapung yang terletak tinggi di atas awan. Menurut penyelidikan, ia boleh dicapai dengan merentasi labirin di dalam hutan bernama Labyrinth Yggdrasil, yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

Untuk mendapatkan “Grail of Kings” yang dikatakan disimpan di istana terapung, Raja High Lagaard kini merekrut mana-mana pengembara untuk meneroka labirin tersebut dan membongkarkan jalan tepat untuk sampai ke sana. Kita sebagai pemain akan mengambil peranan sebagai sekumpulan pengembara bagi mendapatkan harta karun itu.

Gameplay

Kredit: Asia

Etrian Odyssey II memerlukan pemain untuk perlahan-lahan meneroka hujan ajaib untuk mencapai istana terapung sambil menyelesaikan misi kecil di sepanjang jalan. Hutan pokok ini diwakili oleh sejumlah peringkat yang diterokai satu demi satu di mana pemain harus kerap pulang kerap ke bandar untuk berehat dan membekalkan semula bahan dan peralatan penting.

Game ini memerlukan pemain mencipta watak sendiri daripada 12 jenis kelas berbeza, setiap satu dengan kemahiran dan kebolehan khas sendiri untuk membentuk satu pasukan yang terdiri daripada lima watak sahaja. Watak boleh ditukar masuk pada bila-bila masa, jadi jika anda memerlukan watak tertentu untuk menyelesaikan halangan tertentu, parti boleh diubahsuai dengan sewajarnya.

Kredit: Asia

Seperti saya kata tadi, ada sebanyak 12 jenis kelas dalam Etrian Odyssey II HD — sembilan kelas daripada
game original dan tiga kelas baharu. Saya tidak akan menghuraikan kelas original di sini (banyak info di internet) dan hanya akan menjelaskan tentang kelas baharu.

Gunner

  • Jenis elemental; duduk garisan belakang.
  • Kelas Gunner pakar dalam serangan elemental jarak jauh menggunakan senapang.
  • Force Skill: Riot Gun – mempunyai peluang tinggi untuk stun musuh.

War Magus

  • jenis support ; seimbang.
  • War Magus adalah pengembara yang menggunakan kuasa sihir untuk menyembuhkan rakan dan memusnahkan musuh.
  • Force Skill: Invoke – menyembuhkan HP parti dan meningkatkan daya ketahanan kepada elemental.

Beast

  • Jenis defensif; duduk di barisan hadapan
  • Beast adalah rakan sekutu boleh dipercayai yang melindungi pasukan dengan kekuatan mereka.
  • Force Skill: Salivall – menyembuhkan penyakit HP dan status sakit kepada parti.

Peminat boleh prapesan sekarang dan terima bonus ‘Early-Bird’ iaitu Set DLC Character Portrait untuk Etrian Odyssey Origins Collection. Ini membolehkan pemain menukar penampilan watak mereka kepada watak kesayangan ATLUS lain. Ini merupakan DLC percuma yang tersedia untuk masa yang terhad.

Di bawah adalah potretnya:

  • Etrian Odyssey HD
    • Ringo (Soul Hackers 2)
    • Joker (Persona 5)
  • Etrian Odyssey II HD
    • Demi-Fiend (Shin Megami Tensei III Nocturne)
    • Teddie (Persona 4)
  • Etrian Odyssey III HD
    • Nahobino (Shin Megami Tensei V)
    • Aigis (Persona 3)
Kredit: Asia

Sekali lagi saya ingatkan, Etrian Odyssey Origins Collection akan dikeluarkan di Nintendo Switch dan Steam pada 1 Jun 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Etrian Odyssey II HDEtrian Odyssey Origins CollectionRPG
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC

Next Post

Review Netflix Black Knight: Dunia tanpa undang-undang, penghantar barang jadi penyelamat

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Netflix Black Knight: Dunia tanpa undang-undang, penghantar barang jadi penyelamat

Review Netflix Black Knight: Dunia tanpa undang-undang, penghantar barang jadi penyelamat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd