Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengapa Eiichiro Oda memilih Inaki Godoy sebagai Luffy? Penjelasan sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Mengapa Eiichiro Oda memilih Inaki Godoy sebagai Luffy? Penjelasan sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila kita sembang tentang One Piece, semua orang pasti mengenali Monkey D. Luffy. Walaupun semua krew Straw Hat sama mengagumkan, tiada siapa yang dapat mengatasi Luffy daripada segi populariti dan kekuatan. Memandangkan adaptasi One Piece live-action terbitan Netflix akan ditayangkan tidak lama lagi, kami akhirnya dapat tahu mengapa Eiichiro Oda selaku pencipta One Piece memilih Inaki Godoy untuk memainkan watak Luffy.

Kredit: Netflix

Maklumat itu datang daripada sebuah video temu bual bersama Teen Vogue di YouTube. Dalam temu bual itu, Godoy mendedahkan mengapa Oda memilihnya untuk membawakan watak utama dalam siri manga epiknya Ternyata, alasannya memang mudah kerana Godoy berjaya membuat Oda ketawa semasa uji bakat.

“Saya tidak sempat bertemu dengan Oda semasa proses uji bakat. Saya dapat bertemu dengannya kemudian di talian, dan saya masih ingat saya bertanya kepadanya soalan itu, seperti, ‘Mengapa saya? Kenapa awak suka saya?’. Dan dia berkata bahawa saya membuat dia ketawa dalam uji bakat saya,” kata Godoy.

Bak kata Godoy:

“Saya tidak sempat bertemu dengan Oda semasa proses uji bakat. Saya dapat bertemu dengannya pada hari kemudian, dan saya masih ingat saya bertanya kepadanya soalan itu, macam, ‘Mengapa saya? Kenapa awak suka saya?’… dan dia “saya membuat dia ketawa dalam uji bakat.”

Fakta ini pun disahkan sendiri oleh Oda apabila beliau dapat bertemu Godoy dalam video baru-baru ini oleh Netflix. Dalam video itu, Godoy mendapat peluang untuk bertemu pencipta tersebut di ruang ofis peribadinya dan berbual bersama.

Dalam perbualan itu, Oda banyak memuji produksi One Piece Netflix dan menegaskan “dia tidak dapat membayangkan orang lain untuk berlakon sebagai Luffy” dan mendedahkan apa yang dilakukan oleh Godoy semasa temu bual yang membantunya membuat keputusan.

Oda berkata:

“Kebimbangan terbesar saya tentang adaptasi One Piece live-action ialah sama ada kita dapat mencari seseorang seperti Luffy. Saya menonton banyak uji bakat dan apabila saya menemui Inaki, saya ketawa. Dia sama seperti orang yang saya lukis dalam manga saya. Saya secara intuitif berfikir, ‘Itu Luffy’.”

Sebaik sahaja melihat Inaki semasa uji bakat, Oda serta-merta anggap dia sangat sesuai untuk peranan itu. Jadi, bagi sesiapa yang ingin jawapan lebih rumit, itu bukanlah sebabnya. Oda melihat diri Luffy dalam diri Inaki Godoy dan membayangkan personaliti pelakon itu sebagai watak utamanya. Rupanya, personaliti mereka lebih kurang sama.

Kredit: Netflix

Berikut adalah sinopsis tentang Netflix One Piece:

Protagonis One Piece, Monkey D. Luffy, memulakan perjalanannya sebagai lanun di East Blue. Semasa kecil, dia makan Devil Fruit (buah ajaib) bernama Gum-Gum Fruit (Gomu Gomu no Mi), yang memberikan kebolehan getah kepada badannya seperti memanjangkan atau membesarkan mana-mana bahagian badan sesuka hati. Diilhamkan oleh Red Hair Shanks, Luffy bertekad untuk menjadi “Pirate King” dan ingin mencari harta karun rahsia One Piece yang disorok oleh lanun legenda Gol D. Roger.

Walau bagaimanapun, One Piece dikatakan tersembunyi di lokasi rahsia di seberang Grand Line yang penuh dengan makhluk dan cabaran berbahaya. Luffy bermula seorang diri, tetapi lama-lama mengumpul rakan-rakan dengan impian sendiri, yang menjadi kawan seumur hidupnya selepas dia membantu mereka.

Kredit: Netflix

Dibintangi oleh Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji, siri live-action One Piece dicipta dengan kerjasama Shueisha dan diterbitkan oleh Tomorrow Studios dan Netflix. Matt Owens dan Steven Maeda ialah penulis, penerbit eksekutif, dan pengarah. Eiichiro Oda, Marty Adelstein, dan Becky Clements juga terlibat sebagai penerbit eksekutif.


Siri live-action One Piece akan ditayangkan pada 31 Ogos hanya di Netflix. Anda boleh melayari laman web rasmi untuk letak Reminder bagi siri ini.

Tags: Eiichiro OdaInaki Godoyone piece
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia 398: Bagaimana “Symbol of Peace” Tercipta! [SPOILER]

Next Post

HOLOSTARS English -TEMPUS- Raikan Ulang Tahun Pertama Pada 5 September – 11 November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
HOLOSTARS English -TEMPUS- Raikan Ulang Tahun Pertama Pada 5 September – 11 November 2023!

HOLOSTARS English -TEMPUS- Raikan Ulang Tahun Pertama Pada 5 September - 11 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd