Selepas memberikan kandungan pertama minggu lepas, Blizzard ingin memperkenalkan beberapa penambahan terbaru dalam Diablo Immortal seperti mekanik Class Change, 2 acara in-game baru, ciri penting dan banyak lagi. Kandungan-kandungan berikut akan di update bermula 20 Julai pada jam 3 pagi mengikut masa server masing-masing.
Class Change
Perkara yang sangat memainkan peranan dalam Diablo Immortal adalah class. Jika anda telah memilih class yang diminati dan kena dengan playstyle, saya rasa itu sudah memadai. Tetapi apabila datangnya situasi yang sangat susah sekali gus membuatkan class anda rasa tidak berguna dan tidak fleksibel untuk membuat misi, ia tidak rasa seperti ada guna jika teruskan misi. Jadi, mereka memperkenalkan mekanik baru iaitu Class Change.
Dengan adanya mekanik seperti ini, pemain boleh menukar class watak daripada Barbian kepada Wizard. Class Change memberikan peluang untuk pemain bermula dengan class baru dengan mengekalkan progress sebelum ini. Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu anda tahu tentang mekanik Class Change:
- Watak perlu berada pada level 35.
- Pemain boleh menukar class setiap 7 hari sekali tanpa sebarang kos.
- Apabila menukar class, anda boleh menetapkan penampilan watak dan menerima tetapan semua Paragon Tree.
Update ciri-ciri penting
Warband Raid
- Dengan melengkapkan Warband Raid secara mingguan, kini anda boleh membeli EWternal Legendary Crest pada harga 1600 Platinum daripada Crest Merchant di Westmarch, Jondo Mouren.
Fading Ember
- Level tertinggi Fading Ember telah dinaikkan daripada 200 kepada 280.
- Kini, anda boleh menukar 22 Fa Runes untuk Eternal Legendary Crest.
New Monster Affixes
- Shell – Summon perisai pertahanan untuk menghalang nyawa daripada hilang sehingga ia musnah.
- Siphon – Menyalurkan cahaya pada satu sasaran yang boleh melambatkan nyawa lintah daripada sembuh selama 5 saat.
Untuk mendapatkan senarai penuh update terbaru, anda boleh pergi ke laman web rasmi Blizzard di sini. Sekali lagi saya ingin mengingatkan anda bahawa update ini telah tersedia pada jam 3 pagi, 20 Julai 2022.
Apa pendapat anda tentang mekanik Class Change yang diperkenalkan oleh Blizzard untuk Diablo Immortal? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan Diablo Immortal, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post