Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mega Evolution Baharu Untuk Pokémon Legends: Z-A, DLC Mega Dimension Turut Diumumkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2025
in Artikel, Berita, DLC, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Mega Evolution Baharu Untuk Pokémon Legends: Z-A, DLC Mega Dimension Turut Diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Pokémon telah menerima satu berita besar mengenai Pokémon Legends: Z-A, dengan pengesahan Mega Evolution baharu untuk Starter Pokémon rantau Kalos dan pengumuman DLC berbayar berskala besar, Pokémon Legends: Z-A – Mega Dimension.

Pokémon Legends: Z-A akan dilancarkan pada 16 Oktober 2025, untuk kedua-dua konsol Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2. Sejurus pelancarannya, pemain akan menemui Mega Evolution untuk bentuk akhir Starter Pokémon dari Kalos: Chesnaught, Delphox, dan Greninja.

Game ini akan tersedia dalam dua versi: edisi standard untuk Nintendo Switch dan Pokémon Legends: Z-A – Nintendo Switch 2 Edition.

pic.twitter.com/RLuVz1keq5

— Pokémon (@Pokemon) September 12, 2025

Selaras dengan game utama, sebuah DLC expansion berbayar, Pokémon Legends: Z-A – Mega Dimension, akan membolehkan pemain meneruskan pengembaraan mereka di Lumiose City.

Kisah DLC ini berkisarkan tentang misteri yang tiba-tiba muncul dan menghubungkan bandar tersebut ke sebuah ruang aneh yang dikenali sebagai Hyperspace Lumiose. Pokémon Mythical Hoopa, yang terkenal dengan kebolehannya memanipulasi ruang menggunakan gelungnya, dipercayai memainkan peranan utama dalam peristiwa aneh ini.

Expansion ini juga akan memperkenalkan Mega Evolution baharu, termasuk dua bentuk berbeza untuk Pokémon kegemaran peminat: Mega Raichu X dan Mega Raichu Y.

Kandungan cerita tambahan dalam Mega Dimension boleh diakses selepas menamatkan jalan cerita utama Pokémon Legends: Z-A dan akan menyaksikan pemain bekerjasama dengan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Team MZ.

Pemain yang membeli expansion ini akan menerima set pakaian Holo-X dan Holo-Y baharu untuk mengubah suai penampilan watak dalam game mereka. Bonus pembelian awal juga tersedia: mereka yang membeli DLC ini sebelum 28 Februari 2026 akan menerima satu Luxurious Poké Ball Set.

Walaupun DLC ini akan tersedia untuk dibeli bermula 16 Oktober 2025, kandungan cerita tambahannya akan dikeluarkan “tidak lama selepas itu.”

The Pokémon Company telah mengesahkan bahawa DLC ini serasi dengan kedua-dua sistem konsol; satu pembelian akan memberikan akses kepada game sama ada pada versi Nintendo Switch atau Nintendo Switch 2.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: DLCPokémon Legends: Z-A
ShareTweetSend
Previous Post

Pelancaran Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Ditetapkan Pada Mac 2026

Next Post

Game Life-Simulation Pertama ‘Pokémon Pokopia’ Bakal Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game Life-Simulation Pertama ‘Pokémon Pokopia’ Bakal Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 2026

Game Life-Simulation Pertama 'Pokémon Pokopia' Bakal Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd