Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato Musim 3 Akan Bermula Pada 16 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Tempatan
0 0
0
Mechamato Musim 3 Akan Bermula Pada 16 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Ogos tahun lepas, Monsta mengumumkan bahawa siri animasi Mechamato akan diteruskan dengan musim ketiga. Selepas sekian lama menunggu, akhirnya kita dapat tahu tarikh tayangan rasmi Mechamato Musim 3 yang bakal ditayangkan bermula 16 September 2024.

Berita ini diumumkan oleh Monsta melalui trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Mengandungi sebanyak 13 episod, Mechamato Musim 3 akan ditayangkan melalui saluran YouTube Monsta Network dan Netflix. Seperti biasa, Armand Ezra akan kembali mengulangi peranannya sebagai Amato, bersama Adzlan Nazir sebagai MechaBot, dan Nur Fathiah Diaz sebagai Maskmana.

Sinopsis rasmi Musim 3: “Selepas banyak robot jahat dah ditangkap oleh Amato dan MechaBot, bandar Kota Hilir semakin aman tetapi terdapat ancaman baru dari alien jahat bernama Chachix. Namun, kemunculan Maskmana baru telah mengejutkan mereka berdua! Adakah mereka akan menjadi satu pasukan dengan misi yang sama?”

Kredit: Animonsta Studios

Dicipta oleh Animonsta Studios yang terkenal dengan siri BoBoiBoy, Mechamato adalah prekuel tidak langsung untuk BoBoiBoy apabila watak utama, Amato didedahkan sebagai bapa kepada BoBoiBoy. Sejak dikeluarkan, animasi ini menerima banyak maklum balas positif secara umum, khususnya untuk animasi, aksi dan komedinya.

Kredit: Animonsta Studios

Pada tahun lepas, Mechamato telah dicalonkan untuk kategori ‘Anime Fan Award’ di Festival Anugerah Anime Tokyo 2023, di mana kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh siri ini dalam kategori itu ialah tempat ketiga pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Mechamato berjaya memenangi tempat pertama dengan mengalahkan nama-nama besar seperti SPYxFAMILY, One Piece Film: Red, Extreme Hearts dan banyak lagi.

Kredit: Animonsta Studios

Bukan itu sahaja, Mechamato juga memuncak di No. 2 untuk Top 10 Rancangan TV di Netflix Malaysia, dan berjaya menembusi Top 10 Kids Show di Netflix untuk Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mechamato
ShareTweetSend
Previous Post

Sertai Kolaborasi Street Fighter: Duel X Street Fighter 6 dengan Luke!

Next Post

‘Stellar Blade Versi PC’ Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
Next Post
‘Stellar Blade Versi PC’ Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

'Stellar Blade Versi PC' Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd