Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato kini anime TERBAIK mengalahkan Attack on Titan & Detective Conan!

safwan by safwan
January 9, 2023
in Animasi, Anime, Anugerah, Artikel, Berita, Disney+, Filem, Movie/siri, Tempatan, YouTube
0 0
0
Mechamato kini anime TERBAIK mengalahkan Attack on Titan & Detective Conan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat undian yang banyak dan mendapat tempat- 4 secara keseluruhan di Tokyo Anime Award Festival 2023 dalam kategori 100 anime terbaik yang dipilih orang ramai. Kini Mechamato telah tersenarai sekali lagi untuk menentukan sama ada animasi tempatan ini adalah anime paling digemari oleh para peminat anime pada tahun 2022.

Tidak sampai 2 hari, Mechamato telah menduduki di tempat pertama dengan mengalahkan anime hebat buatan Jepun seperti Uta no Prince-sama Maji LOVE Starish Tours, Tiger & Bunny 2, Attack on Titan: The Final Season Part 2, Detective Conan: The Halloween Bride dan banyak lagi. Anda sebagai rakyat Malaysia, jom kita undi Mechamato ramai-ramai dan setiap hari! Sila KLIK PAUTAN INI untuk undi Mechamato.

Mechamato, sebuah siri animasi 3D yang dihasilkan oleh Animonsta telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 100 karya anime yang lain. Nizam Razak, CEO kepada Monsta telah mengatakan bahawa dia terkejut melihat berita tersebut. Bukan setakat itu sahaja, staf-staf yang terlibat dalam penghasilan Mechamato turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada siri tersebut.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, ia mengisahkan tentang Amato dan robotnya, Mechabot yang kini bergabung dalam menentang robot-robot jahat yang membuat huru-hara di Bandar Hilir. Filem animasi Mechamato juga masih ditayangkan di pawagam dan menceritakan detik pertama Amato dan Mechabot berjumpa.

Kalau anda belum menonton siri Mechamato, ianya tersedia di pelbagai platform penstriman dan juga saluran TV. Antaranya ialah Netflix, HBO GO, Astro Prima, TV9 dan TV3. Di saluran youtube rasmi Monsta juga tersedia secara percuma untuk ditonton, dengan episod baru ditayangkan setiap minggu. Kalau anda menontonnya di Netflix, terdapat alih suara bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea dan Thai.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa undian ini masih dibuka sehingga 3 Februari 2023. Jom kita sama-sama undi Mechamato setiap hari untuk mengekalkan animasi tempatan ini berdiri teguh di tempat pertama. Sila KLIK PAUTAN INI untuk undi Mechamato.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: MechamatoMechamato MovieTokyo Anime Award Festival
Previous Post

Genshin Impact 3.4 — Kembalinya Lantern Rite Festival! Acara Penuh Meriah Menanti!

Next Post

Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!

Avatar: The Way of Water kutip $1.7 bilion, filem ke-7 dengan kutipan tertinggi di dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd