Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MCU Memulakan “Mutant Era”, Disahkan Oleh Kevin Feige

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
MCU Memulakan “Mutant Era”, Disahkan Oleh Kevin Feige
Share on FacebookShare on Twitter

Era ‘mutant‘ akhirnya mula terbentuk dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila Kevin Feige mengesahkan permulaan babak baharu dengan filem Deadpool & Wolverine. Dengan bangsa mutant mula perlahan-lahan memasuki MCU, filem Deadpool & Wolverine nampaknya membawa naratif ke tahap yang baharu, apabila Wade Wilson menyertai dunia MCU secara kekal, manakala watak lain daripada francais X-Men juga akan muncul.

Menurut laporan daripada sidang akhbar Deadpool & Wolverine, Feige menceritakan tentang masa depan mutant dalam MCU. Dengan keluaran Deadpool & Wolverine, Feige mentakrifkan filem itu sebagai “permulaan” era baharu dalam MCU, dengan berkongsi perkara berikut:

“Sekarang kita mempunyai watak-watak dari dunia X-Men dan mutant, yang kita tidak mempunyai akses sebelum ini, saya rasa ini adalah permulaan untuk itu, dan segala-galanya selepas Deadpool & Wolverine adalah mutant era yang akan datang ke MCU.”

Sejak memulakan Multiverse Saga — yang merangkumi Phase 4, Phase 5 yang sedang berjalan dan Phase 6 akan datang — Marvel telah memasukkan mutant secara beransur-ansur ke dalam filem dan rancangan televisyen, selepas Disney membeli 21st Century Fox.

Kredit: @MarvelUpdates

Selepas pemerolehan itu, IP X-Men, Deadpool dan The Fantastic 4 secara rasminya boleh digunakan oleh Marvel Studios. Malah, beberapa easter egg dan teaser pun telah muncul dalam ‘Ms. Marvel’, ‘She-Hulk: Attorney at Law’, ‘Black Panther: Wakanda Forever’ tentang mereka. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat Charles Xavier dalam ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’ dan juga Beast dalam post-credit ‘The Marvels’.

Kredit: Marvel Studios

Bagi mereka yang berminat, Deadpool & Wolverine akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 25 Julai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mcuMutant Era
ShareTweetSend
Previous Post

Pradaftar ‘Cat Fantasy’ Sekarang – Seru Gadis-Gadis Kucing Jadi Waifu

Next Post

Reviu SPY×ANYA: Operation Memories – Alami Kehidupan Seharian Anya

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Elon Musk Melancarkan Rakan AI Bergaya Gadis Anime, Lengkap Dengan Mod NSFW!
Teknologi

Elon Musk Melancarkan Rakan AI Bergaya Gadis Anime, Lengkap Dengan Mod NSFW!

July 16, 2025
Project NAMI – RPG Aksi Terbaru Kuro Games Dengan Fokus Pada Multiplayer!
Berita

Project NAMI – RPG Aksi Terbaru Kuro Games Dengan Fokus Pada Multiplayer!

July 16, 2025
Street Fighter 6 Jadi Tarikan Utama Di FV Major 2025 Kuala Lumpur, Hadiah Ialah Tiket Ke EVO 2026!
Esports

Street Fighter 6 Jadi Tarikan Utama Di FV Major 2025 Kuala Lumpur, Hadiah Ialah Tiket Ke EVO 2026!

July 16, 2025
Next Post
Reviu SPY×ANYA: Operation Memories – Alami Kehidupan Seharian Anya

Reviu SPY×ANYA: Operation Memories - Alami Kehidupan Seharian Anya

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd