Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MAYA – Animasi seram tempatan yang pasti buatkan anda seram sejuk

Maira by Maira
October 28, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
MAYA – Animasi seram tempatan yang pasti buatkan anda seram sejuk
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Oktober sudah pasti kita menjumpai pelbagai posting seram kerana Halloween. Permainan juga mempunyai acara khas Halloween yang mempamerkan item-item dan skin yang menyeramkan kepada pemain. Baru-baru ini, ada sebuah filem 3D animasi pendek seram bertajuk “MAYA“, yang kami jumpai di sebuah group di Facebook dan ternyata ianya memang menyeramkan malah grafiknya juga bagus. Video itu telah dikongsikan oleh Hasnur Amri N (HAN) yang merupakan pembuat filem animasi tersebut. Anda boleh melihat animasi tersebut dibawah.

Menurut penerangan video di akaun Youtube miliknya, MAYA mengisahkan seorang gadis yang menemui rahsia ngeri di sebalik kematian adiknya. Seram betul animasi pendek ini. Bukan setakat itu sahaja, animasinya juga boleh tahan bagus. Dengan aksi berlawan yang ditunjukkan oleh gadis itu memang terbaiklah! Tetapi mengapa gadis itu berseorangan di tempat itu? Anda kena lah tontonnya sehingga habis kerana ada kejutan pada akhir animasi itu.

Pada pandangan pertama, filem animasi itu mengingatkan saya pada banyak permainan horror seperti Silent Hill dan Resident Evil. Muzik dan bunyi efek yang digunakan pada animasi ini berjaya membuatkan suasana seram serta ekspresi watak yang jelas menunjukkan perasaannya ketika itu. Model watak juga mengingatkan saya pada model dalam permainan Yakuza yang kelihatan seperti realistik.

HAN juga ada meletakkan animasi pendeknya yang lain seperti Among Us, NIAT, Meriam Buloh dan yang terbaru, Salena. Anda boleh pergi ke channel Youtube HAN untuk menonton animasi tersebut.

RelatedPosts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

Melihat karya seperti ini, memang menunjukkan Malaysia mempunyai ramai orang yang berbakat seperti HAN. Bukan itu sahaja, Malaysia juga kini berkembang dalam industri gaming dengan pelbagai permainan indie yang dibangunkan. Contohnya seperti No Straight Roads, The Company Man, Re:Legend, Eximius dan banyak lagi. Kami di Gamer Santai berharap agar Malaysia akan terus berkembang dalam industri kreatif dan menempa nama di persada dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiAnimasi tempatanMAYA
Previous Post

Jawatan Kosong: PlayStation Studios Malaysia mencari Pengurus Projek, Artis & Juruanimasi

Next Post

Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan

Gempak Starz: Asal usul Zint & senarai karya yang pernah diterbitkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd