Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masuk ke dunia ngeri Unholy, game seram psiko baru di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2023
in Artikel, Berita, PC, Seram, Steam
0 0
0
Masuk ke dunia ngeri Unholy, game seram psiko baru di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Label indie HOOK dan pemaju Duality Games dari Poland hari ini mengumumkan bahawa Unholy, game seram psikologi first-person terbaru mereka kini tersedia di PC melalui Steam. Asalnya berharga RM72, ia ditawarkan pada diskaun 20% buat masa terhad di mana nilai semasa adalah RM57.60. Versi PlayStation 5 dan Xbox Series S/X akan datang pada masa kemudian.

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana rupa game Unholy ini, jadi anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Menurut deskripsi rasmi, Unholy membawa pemain ke perjalanan yang menakutkan dan menceritakan tentang kengerian yang perlu dihadapi oleh protagonis Dorothea, ketika dia merentasi dua dunia selari untuk mencari anak lelakinya yang hilang dan mendedahkan kebenaran di sebalik misteri tersebut.

Menggunakan elemen penerokaan, penyelesaian teka-teki dan mekanik pertempuran yang menarik, pemain harus mengembara antara realiti dan dunia Unholy yang bahaya untuk membongkarkan kebenaran menakutkan.

Kredit: Duality Games

Ciri-ciri utama:

  • Dua dunia selari untuk diterokai antara realiti dingin di bandar Eropah Timur selepas perang soviet yang kejam dan dunia Unholy yang menyeramkan dan berliku-liku, penuh dengan makhluk mengerikan yang diperintah oleh sekumpulan paderi sesat.
  • Pengalaman seram psikologi yang dipacu oleh jalan cerita naratif yang mendalam dan gelap bersama visual oleh artis terkenal Tomasz Strzałkowski (Pengasas dan Pengarah Seni Duality Games).
  • Sistem pertempuran yang menarik. Gunakan empat emosi berbeza: marah, terkejut, sedih dan keinginan untuk berinteraksi dengan persekitaran (musnahkan halangan, aktifkan mekanisme, selesaikan litar elektrik, menerangi jalan) atau untuk mengelirukan, mengumpan atau mencederakan musuh.
  • Semua orang di dunia Unholy bersembunyi di sebalik topeng dan ia boleh menjadi penentu antara hidup atau mati. Cipta topeng anda sendiri untuk mendapatkan skil baru dan meningkatkan abiliti atau pakai topeng lain untuk menyusup, mengelirukan musuh dan menyamar sebagai musuh.
Kredit: Duality Games
Kredit: Duality Games
Kredit: Duality Games

Sempena pelancaran, Duality Games dan HOOK menyediakan soundtrack Unholy secara percuma kepada sesiapa sahaja yang membeli versi PC melalui Steam. Jika anda berminat, jangan lupa untuk dapatkan sekarang.

Tekan SINI untuk pergi ke halaman Steam Unholy.

Tags: steamUnholy
ShareTweetSend
Previous Post

Need For Speed Unbound Kini Percuma Di Steam Untuk 3 Hari!

Next Post

Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd