Terima kasih kepada Sony, kerana memberi peluang kepada aku untuk menghadirkan diri ke acara media preview Insomniac Games, Marvel’s Spider-Man yang akan datang ke PlayStation 4. Ianya sangat bermakna buat aku kerana aku dapat merasai sendiri bermain game ni dan juga dapat menemuramah Community Director, Insomniac Games, James Stevenson untuk sesi Q&A. Aku dapat sedikit berita yang menarik untuk dikongsikan. Buat masa ni, aku suka game ni dan takde sebab untuk aku tidak menyukai game ni.
Ya, ianya Spider-Man, salah satu superhero kesayangan orang ramai dari Marvel. Tanpa melengahkan masa, aku akan ceritakan serba sedikit apa yang membuatkan aku suka akan game Spider-Man ni. Jom!
Penceritaan
Penceritaan di sebalik Spider-Man dari Insomniac Games ni mungkin ramai yang telah tahu melalui trailers dan juga siri Daily Bugle yang telah disiarkan di website mereka. Peter Parker telah menjadi Spider-Man selama 8 tahun dan sekarang ini telah berumur 23 tahun. Selepas graduasi daripada tempat belajar dia dan kolej, dia merupakan saintis yang bertauliah di sebuah makmal.
Untuk kehidupan percintaan pula, takde la menarik mana. Masih lagi mengejar cinta Mary Jane seperti cerita-cerita sebelum ini. Sementara Peter masih lagu struggle dalam kehidupan bekerjaya sebagai seorang dewasa, Peter juga mempunyai struggle dalam membayar sewa jugak (kerja sebagai Saintis kot, kemon). tapi, boleh faham lah kan, sebab dia cuba untuk menstabilkan kehidupannya dengan kerja, cinta, Aunt May dan menjadi Spider-Man.
Tak cukup dengan itu, banyak lagi tekanan yang dihadapi Peter atas beberapa kejadian yang terjadi di bandar New York. Aku diperkenalkan dengan Inner Demons, seperti yang dilihat dalam trailer, aku juga tahu akan kewujudan Martin Li, penjahat utama yang baru, dikenali sebagai Mister Negative. Martin Li jugak merupakan boss untuk Aunt May yang berkerja sebagai sukarelawan di F.E.A.S.T. Tempat berteduh bagi mereka yang memerlukan. Peter merasakan susah untuk menangkap Martin Li sebab apa yang akan terjadi kepada F.E.A.S.T dan juga Aunt May?
Setelah aku sendiri cuba bermain game ni pada awalnya penceritaan Spider-Man ni, aku dapat tahu yang Peter cuba sedaya upaya melakukan keputusan yang terbaik untuk semua. Selebih, korang main sendiri bila dia dah keluar nanti pada September 7, 2018 nanti ye.
Gameplay
Kalau korang pernah main game Spider-Man yang sebelum ni, di lancarkan oleh Activision sejak tahun 2000 lagi, mesti korang rasa takde kebebasan masa main game Spider-Man kan? Walaupun boleh bergayut dekat bandar, tapi korang tak boleh merayau-rayau. Kecuali semasa Spider-Man 3, aku boleh berlari merayau sambil bergayut.
Cara penceritaan untuk game Spider-Man yang lepas pun, tidaklah hebat tetapi, untuk kali ini, aku nampak akan penambahbaikan. Untuk game Spider-Man dari Insomniac Games, aku dapat merasakan penceritaan yang sungguh hebat dan gameplay yang tidak berulang-ulang.
Battle System
Musuh mempunyai kesusahan dan pergerakan yang berbeza, tapi, mempunyai misi yang sama, iaitu menjatuhkan Spider-Man. Ada brutes, grunts dan mereka yang mempunyai kelemahan dan cara untuk mengalahkan mereka. Dengan kebebasan yang diberi, korang boleh gunakan tong sampah, cover manhole dan juga jatuhkan rak untuk tumpaskan musuh korang. Pada mulanya, rasa susah untuk biasakan diri dengan enviroment battle macam ni, tapi, lama-lama, okaylah tu.
Dodging merupakan satu mekanik dalam game ni yang aku suka, sebab ianya sangat penting! Antara sebabnya adalah, Spider-Man kali ni, bukan lah game yang korang boleh hentam sesuka hati controller korang. Korang kena berlawan secara berstrategi, kalau korang tersilap langkah, habislah. Spider-Man dilengkapi dengan beberapa pergerakan acrobatic, so, korang boleh gunakannya untuk combo dan skills untuk jatuhkan musuh korang.
Misi
Dalam setiap game, mesti ada story mission yang korang kena buat. Tetapi, dalam Spider-Man, kita diberi pilihan nak buat ke tak. Dan tak semestinya kita kena buat story mission tu. Ada banyak misi yang korang boleh buat seperty side-quest, dan juga backpack yang korang kena cari dalam bandar tu. Mission macam ni akan bagi korang token dan korang boleh unlock suit baru!
Suit Up!
Peter pada mulanya pakai suit tradisi seperti yang kita lihat selama ini. Tapi, kalau korang perasan, masa dalam trailer tu, dia pakai suit lain. Masa berlawan dengan Fisk, suit nya terkoyak dan dia terpaksak repair suit dia. Tapi, dia pergi buat suit baru menggunakan makmal tempat dia bekerja. Seperti aku cakap awal tadi, korang boleh dapat suit baru dengan menggunakan token.
Ada jugak korang perlu dapatkan certain level untuk dapatkan suit baru. Suit juga datang dengan kebolehan dan power yang pelbagai. Juga ada mod yang boleh di unlock untuk setiap suit yang korang boleh master. Bila korang dah master satu suit tu, korang boleh transfer pergi ke suit kesukaan korang, dan korang boleh letakkan mod sampai 3 untuk satu suit.
Kalu korang nak lagi token, korang jugak boleh selesaikan tugasan juga puzzle yang korang boleh selesaikan di dalam makmal. Ada beberapa suit yang perlukan korang untuk dapatkan token yang spesifik, dimana korang boleh selesaikan tech puzzle dari research lab
Sedikit Temuramah
Untuk temuramah pulak, aku dapat utarakan beberapa soalan dan beberapa info tentang game. Tapi, aku rasa macam tak nak pulak tulis, takut panjang, jadi aku akan bagitahu terus, yang dalam universe Spider-Man kali ini takkan ada Symbiotes. Jadi, takdelah black-suit yang diinginkan tuh.
Korang jugak tahu yang Universe Spider-Man sama seperti MCU, jadi korang dapat saksikan bangunan Avengers dan juga kedutaan Wakanda wujud dalam bandar New York. Walaupun dalam Universe yang sama, korang takkan nampak Avengers dalam ni, kemon, game Spider-man, pehal nak ada Avengers pulak kan?
Kalau korang nak tahu lagi apa yang kami bincangkan semasa temuramah, korang boleh layan video dibawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post