Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Spider-Man 2 tiba-tiba muncul di PlayStation Store! Info baru bakal datang?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
Marvel’s Spider-Man 2 tiba-tiba muncul di PlayStation Store! Info baru bakal datang?
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Spider-Man 2 pertama kali diumumkan di acara PlayStation Showcase pada tahun 2021, tetapi sejak itu, Sony tidak mendedahkan apa-apa maklumat baru tentang game. Namun baru-baru ini, Marvel’s Spider-Man 2 tiba-tiba muncul di PlayStation Store sebelum dibuang semula, jadi sesetengah orang percaya bahawa pengumuman baru akan tiba tidak lama lagi.

Secara lebih khusus lagi, halaman PlayStation Store UK untuk Marvel’s Spider-Man 2 telah disiarkan secara langsung di mana pemain sana dapat menambahkan game tersebut pada wishlist mereka. Halaman itu hanya “live” buat masa singkat dan sudah pun dibuang oleh Sony.

Marvel's Spider-Man 2 available to wishlist on UK PSN https://t.co/n0uiZ71SVl

A trailer for the film Spider-Man: Across the Spider-Verse is scheduled for December 13th pic.twitter.com/qfZy6ImnBg

— Wario64 (@Wario64) December 12, 2022

Malangnya, halaman PS Store itu tidak memberi info baharu tentang Spider-Man 2 dan hanya mempunyai screenshot lama yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Disebabkan itu, sesetengah peminat membuat spekulasi bahawa Spider-Man 2 akan membuat pengumuman besar sebelum tamatnya tahun 2022.

Studio Insomniac Games tidak memberi pendapat tentang isu ini dan selain itu, tidak menjelaskan butiran lanjut bagi Spider-Man 2 tetapi sekurang-kurangnya kita tahu Venom adalah salah seorang daripada penjahat yang pemain bakal bertemu. Walaupun berahsia, Insomniac Games mengesahkan bahawa Spider-Man 2 masih dijadualkan untuk keluar pada tahun 2023 dan proses pembangunan masih berlancar.

Di samping itu, Sony bersedia untuk mengeluarkan trailer baharu untuk filem animasi sekuel Spider-Man: Across the Spider-Verse pada 14 Disember. Pada bulan lepas, penerbit Phil Lord, memberitahu bahawa filem akan datang ini akan menampilkan lebih daripada satu gaya animasi untuk menunjukkan keunikan “multiverse”.

Kita masih belum berpeluang untuk tonton, tapi harap-harap Sony akan mengeluarkan trailer.

Bagi mereka yang berminat, Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada 2023 untuk platform PS5. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Tags: Marvel's Spider-Man 2playstation storeps5
Previous Post

Ejen Ali menang Best 3D Animated Programme di Asian TV Award 2022!

Next Post

Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!

Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd