Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Midnight Suns: DLC Venom “Redemption” Kini Tersedia di PS5, Xbox Series & PC!

Maira by Maira
February 24, 2023
in Artikel, Berita, DLC, Game
0 0
0
Marvel’s Midnight Suns: DLC Venom “Redemption” Kini Tersedia di PS5, Xbox Series & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah DLC Deadpool, kini Venom pula hadir dalam Marvel’s Midnight Suns sebagai DLC kedua game. DLC yang bernama “Redemption” ini secara rasmi tersedia bermula hari ini di seluruh dunia pada PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Dalam Redemption, symbiote asing Venom ini menyertai Midnight Suns untuk membetulkan kesalahan yang dia telah lakukan semasa di bawah kawalan Lilith. Vampyre penghisap darah telah menyerang pembentung di bawah New York City, tetapi mereka juga takut apabila melihat ketajaman kuku serta gigi Venom. Dengan bantuan daripada Midnight Suns, Venom berjuang untuk mengawal semula tindakannya dan menyingkirkan NYC daripada makhluk perosak itu — serta melepaskan dirinya daripada demon manipulatif yang telah menarik perhatian yang lain.

Terdapat beberapa kandungan lain tersedia dalam DLC Redemption. Antaranya ialah:

  • Hero baru: Venom
  • Story Mission baru: Melawan ancaman vampyre di New York City
  • Abbey Upgrade baru: Whisper Web
  • 3 Skin Hero tambahan, 7 Abbey Outfit dan 2 Swimsuit Venom

Venom boleh direkrut setelah menyelesaikan story mission pertamanya “The Devil’s Due,” yang boleh dimainkan setelah menyelesaikan misi “Shattering Expectation” di penghujung Act One.

Semasa berlawan, Venom memulakan setiap pertemuan dengan bonus damage besar dalam bentuk Ravenous. Ia merupakan mekanik unik untuk Venom; di mana dia akan mula dengan 3 stack dan setiap stack akan meningkatkan Offense asasnya. Dengan menggunakan Attack atau Heroic akan menggunakan satu stack Ravenous, yang akan diisi semula pada setiap giliran.

Ini menjadikan Venom sangat bagus sebagai watak – dia memerlukan susunan play order yang teliti untuk memaksimumkan damage, tetapi kebolehannya juga boleh membolehkan dia kekal dengan lebih lama.

Whisper Web di Abbey akan membuka kebolehan untuk mengubah suai general mission, menggunakan modifier rawak seperti menukar ketua misi dan mengurangkan kesukaran misi. Dengan upgrade Whisper Web, ia akan menambah ganjaran tambahan kepada misi seperti Credit, Blueprint atau Essence.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel’s Midnight Suns daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Marvel’s Midnight SunsRedemption DLCVenom
Previous Post

UFO Robot Grendizer: The Feast of The Wolves Akan Lancar Pada 2023 di Pelbagai Platform!

Next Post

Warner Bros dedahkan Mortal Kombat 12 akan dikeluarkan pada tahun 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Warner Bros dedahkan Mortal Kombat 12 akan dikeluarkan pada tahun 2023!

Warner Bros dedahkan Mortal Kombat 12 akan dikeluarkan pada tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd