Game terbaru Marvel, Midnight Suns telah mendedahkan traikh rasmi pelancarannya semasa livestream Disney + Marvel Showcase. Anda yang ternanti-nantikan game baru ini, ia akan dilancarkan pada 2 Disember ini di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk konsol terdahulu dan Switch, tarikh pelancarannya masih belum didedahkan. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman baru mengenai platform tersebut. Trailer baru juga telah didedahkan dan anda menontonnya di bawah.
Dalam trailer itu memperkenalkan perkara yang anda boleh lakukan dengan The Hunter, watak baru yang boleh disesuaikan untuk pasukan pemain. Dengan watak ini serta ahli Super Hero lain, anda akan alami sebuah game taktikal yang unik berbanding game Marvel yang lain.

Bukan setakat itu sahaja, pemain juga boleh layan Marvel’s Midnight Suns Prequel Shorts pada 31 Oktober ini. Ia mempunyai lima video pendek yang menceritakan latar belakang Lilith yang menjadi Mother of Demon, dan bagaimana Super Hero seperti Blade, Ghost RIder dan Nico bergabung tenaga lalu membentuk Midnight Suns.

Anda boleh lawati saluran Youtube Marvel Entertainment untuk tontonnya secara percuma, di mana setiap episod setiap minggu bermula 31 Oktober. Animasi pendek ini telah dihasilkan oleh Sun Creature Stduio dan Digic Pictures. Anda boleh mentonton trailer Prequel Shorts di bawah.
Dengan pelancaran Midnight Suns semakin menghampiri, anda sudah boleh untuk pra-tempah game ini melalui platform masing-masing. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post