Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PS4
0 0
0
MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics – Versi Fizikal Dilancarkan Hari Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiaplah untuk melancarkan kombo dan serangan super kegemaran—MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics kini secara rasmi dilancarkan dalam bentuk fizikal untuk Nintendo Switch dan PlayStation 4! Bagi pemain Xbox One, pertarungan akan diteruskan pada 2025 apabila koleksi ini boleh dimainkan di platform tersebut.

Koleksi ini menyatukan beberapa game aksi fighting paling legenda, menampilkan watak ikonik Capcom dan Marvel Super Heroes. Sebanyak tujuh game klasik dikumpul dalam satu pakej, semuanya sarat dengan aksi, watak-watak kegemaran, dan gameplay penuh tenaga. Koleksi ini merangkumi:

  • X-MEN CHILDREN OF THE ATOM
  • MARVEL SUPER HEROES
  • X-MEN VS. STREET FIGHTER
  • MARVEL SUPER HEROES VS. STREET FIGHTER
  • MARVEL VS. CAPCOM CLASH OF SUPER HEROES
  • MARVEL VS. CAPCOM 2: New Age of Heroes
  • THE PUNISHER
Kredit: Capcom
Kredit: Capcom

Setiap salinan fizikal koleksi ini disertakan dengan komik eksklusif 32 muka surat. Komik ini memaparkan detik-detik crossover dengan watak Capcom dan Marvel kegemaran ramai—sebagai tanda terima kasih khas kepada peminat yang telah menyokong game ini selama bertahun-tahun.

Ciri-Ciri Baharu

Koleksi ini lebih daripada sekadar nostalgia—ia adalah satu penghormatan kepada game arked dengan penambahbaikan moden untuk memastikan pengalaman anda lebih lancar, mudah diakses, dan menyeronokkan. Ciri-ciri utama termasuk:

Kredit: Capcom
  • Pertarungan Online dengan Rollback Netcode: Berlawan dalam mod ranked, casual, atau custom dengan pemain dari seluruh dunia. Teknologi rollback netcode memastikan permainan dalam talian yang lancar dan responsif.
  • One-Button Specials: Kawalan dipermudahkan untuk memudahkan pelaksanaan serangan khas yang kuat, sesuai untuk pemain baharu atau mereka yang mahu memberi fokus pada strategi dan keseronokan.
  • Pelbagai Tambahan Lain:
    • Mod jukebox untuk menikmati semua muzik ikonik dari game ini.
    • Muzium dalam gameyang dipenuhi seni, cerita, dan Marquee Cards original dari setiap tajuk.
    • Penapis paparan baharu (display filters) untuk mencipta semula rupa skrin arked dan CRT retro.
    • Ciri Save untuk mod single-player supaya anda boleh terus bermain dari mana anda berhenti.
Kredit: Capcom

Selain PS4 dan Nintendo Switch, game ini juga boleh didapati di PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut tentang versi fizikal MARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: FizikalMARVEL vs. CAPCOM Fighting Collection: Arcade Classics
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Versi 2.7 Akan Dilancarkan Pada 4 Disember

Next Post

Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL – Tiket Boleh Dibeli Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL – Tiket Boleh Dibeli Sekarang!

Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL - Tiket Boleh Dibeli Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd