Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics Diumumkan, Khas Untuk Penggemar Klasik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2024 - Updated on August 28, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics Diumumkan, Khas Untuk Penggemar Klasik!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE:

“Marvel vs. Capcom Fighting Collection: Arcade Classics” akan dilancarkan secara digital untuk PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam pada 12 September. Edisi fizikal akan dilancarkan kemudian untuk PlayStation 4 dan Switch pada 22 November.


Capcom telah mengumumkan koleksi fighting game ‘Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics‘ untuk PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam, yang akan dilancarkan secara fizikal dan digital pada 2024.

Bersama pengumuman ini, anda boleh menonton trailer khas di bawah:

Dibawa khas untuk peminat fighting game, peminat buku komik dan peminat superhero, Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics menawarkan koleksi game legasi yang mengumpulkan pelbagai watak ikonik daripada dunia Capcom, Marvel, SNK dan banyak lagi ke dalam suatu bungkusan, bersama ciri-ciri moden yang dipertingkatkan dan gameplay kompetitif.

Kredit: Capcom

Alami semula segala nostalgia atau cuba sejumlah game klasik buat kali pertama, koleksi padat ini termasuk tujuh game dalam pakej all-in-one, termasuk:

  • X-Men: Children of the Atom
  • Marvel Super Heroes
  • Marvel vs. Capcom: Clash of Super Heroes
  • Marvel vs. Capcom 2: New Age of Heroes
  • Marvel Super Heroes vs. Street Fighter
  • X-Men vs. Street Fighter
  • The Punisher
Kredit: Capcom

Ciri-Ciri Tambahan

Kredit: Capcom
  • Semua fighting game dalam koleksi ini mempunyai perlawanan online ranked, perlawanan kasual dan perlawanan lobi supaya pemain dapat mempamerkan kebolehan mereka kepada rakan-rakan, keluarga dan pemain lain dari seluruh dunia.
  • Online play untuk koleksi game ini disokong dengan rollback netcode untuk pengalaman online yang kukuh dan stabil!
  • Global high score leaderboard ditambah ke setiap game dalam koleksi supaya pemain boleh melihat perjalanan mereka untuk menjadi yang terhandal!
  • Spectator Mode tersedia supaya anda boleh menonton rakan-rakan lain bertarung!
  • Fitur baharu dan dikemas kini seperti music jukebox, Museum in-game, display filter baharu dan banyak lagi!
Kredit: Capcom
Tags: Marvel vs Capcom Fighting Collection: Arcade Classics
ShareTweetSend
Previous Post

Metroid Prime 4: Beyond Akan Datang 2025, Penantian Selama 7 Tahun

Next Post

FANTASIAN Neo Dimension, Dari Mobile Dibawa Ke Konsol & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
FANTASIAN Neo Dimension, Dari Mobile Dibawa Ke Konsol & PC

FANTASIAN Neo Dimension, Dari Mobile Dibawa Ke Konsol & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd