Diumumkan hari ini, MARVEL Future Revolution adalah permainan RPG aksi dunia terbuka pertama Marvel untuk peranti mudah alih, yang menampilkan grafik 3D berkualiti AAA dengan jalan cerita asli bertaraf tinggi. Sebagai adiwira terkenal Marvel, kita sebagai pemain akan meneroka lokasi-lokasi terkenal sambil memerangi kuasa jahat. Sempena berita istimewa ini, kami berpeluang tanya kepada Danny Koo -Pengarah Pembangunan Produk di Marvel dan Joe Lee -Produser Eksekutif di Netmarble tentang isi kandungan MARVEL Future Revolution dalam satu sesi soal jawab eksklusif. Mari kita selami permainan dengan lebih mendalam!
Memandangkan kedua-duanya telah mengusahakan banyak permainan Marvel. Apa yang menjadikan permainan ini sangat istimewa? Mereka berusaha untuk menjadi inovatif dan revolusikannya dari segi grafik. Mereka memanggilnya judul AAA di telefon pintar disebabkan skala permainan yang terlalu besar, dan hampir semuanya berfungsi secara dalam masa nyata (real-time).
Konsep jalan cerita dan naratif permainan datang dari Marc Sumerak di mana mereka mengkaji banyak komik dan bahan sumber lalu memilih yang terbaik. Dari situ, mereka membuat pengalaman serba baru tetapi masih berkait dengan sumber asli. Idea utama berpunca dari acara kosmik Convergence, di mana mereka mengambil beberapa lokasi terkenal, seperti Hydra, Xanearth dan lain-lain. Seperti yang disebutkan, ia adalah pengalaman yang serba baru dan menjadikan permainan lebih unik.
Sejak filem Guardians of the Galaxy pada tahun 2014, watak Groot telah disukai oleh ramai orang kerana personalitinya yang comel dan sanggup mengorbankan nyawa demi rakan. Namun, dalam permainan kali ini, dia akan berperanan sebagai antagonis. Danny Koo memberitahu:
“Anda hanya perlu menunggu dan melihat kerana asal-usul Groot adalah Ancient Groot, sebuah planet yang penuh dengan Groot. Groot mempunyai cerita yang berbeza berdasarkan pencipta /penulis dan dalam permainan kami, dan ada alasan yang sangat spesifik. Jangan lupa, anda boleh bermain dengan seribu Captain America lain, Captain Marvel…”
Perubahan naratif yang besar seperti ini membuat saya tertanya -“Adakah Marvel ada menetapkan apa-apa arahan atau batasan untuk sejauh mana mereka boleh pergi dengan watak dan jalan cerita?” Dalam kata-katanya sendiri, Danny menjelaskan sebegini:
“Biarkan saya memberitahu anda tentang pizza sekejap. Bayangkan Netmarble adalah tukang masak, dan ada banyak cara untuk memasak pizza. Pizza itu seperti bahan Marvel; kami bekerjasama dengan Netmarble dan berkata “Inilah semua ramuan. Pizza apa yang anda mahu buat?”, dan mereka datang dalam pelbagai bentuk, jenis, rasa. Kami selalu berusaha untuk melampaui batas dan kembangkan apa yang kami boleh dilakukan dengan IP Marvel.”
Bagi pemain baru yang ingin mencuba tetapi tidak begitu tahu tentang dunia Marvel, jangan risau. Joe Lee menjelaskan bahawa mereka mahu permainan ini menjadi pengalaman yang baik bagi penonton yang lebih luas. Sekiranya ada nama Marvel, itu bermakna mereka harus berurusan dengan peminat di seluruh dunia, tidak kira sama ada anda seorang “gamer” atau tidak. Oleh itu, mereka menyediakan pelbagai misi istimewa untuk memastikan ia sesuai dengan semua jenis pemain.
Dijelaskan dalam artikel lain sebelum sesi soal jawab MARVEL Future Revolution ini, saya menulis yang permainan mempunyai mod PvP 10v10. Mungkin ada yang menganggap ia seperti MOBA tetapi tidaklah meniru genre tersebut 100%. Mereka mempunyai cara sendiri untuk mempamerkan permainan. Malangnya, itu sahaja yang diberitahu buat masa ini tentang mod ini. Bagi sistem kemajuan atau “progression system”, sejenis mekanik levelling akan diterapkan manakala Joe Lee memberitahu bahawa watak pun ada mekanik progression sendiri. Ia tidak terlalu rumit, jadi semua pemain pasti boleh menyesuaikan diri kepada sistem permainan.
Pada pelancaran permainan, kita boleh memilih lapan adiwira iaitu Captain America, Captain Marvel, Spider-Man, Black Widow, Iron Man, Doctor Strange, Star-Lord, dan Storm. Jika ada watak baru diperkenalkan pada kemudian hari, ia hanya boleh dipakai selepas pemain membuka atau “unlock” watak tersebut. Ia tidak tersedia pada awal permainan lagi. Setiap watak dipilih selepas mereka melihat pelbagai kriteria. Yang pertama dan paling penting adalah gameplay. Setiap satu berbeza antara satu sama lain dan mereka memadankan mereka dengan lokasi dan orang jahat yang masuk akal supaya semua mempunyai tujuan.
Jika anda tidak tahu, MARVEL Future Revolution akan keluar di seluruh dunia termasuk Malaysia pada hari pertama pelancaran. Memandangkan jumlah dan populasi Asia yang besar, ia mungkin akan mempunyai jumlah server yang paling banyak di mana pemain mempunyai kebebasan untuk memilih server mana mereka mahu menyertai. Kita pun tidak perlu memikir sangat kerana permainan secara automatik akan mengesyorkan kepada anda mana yang paling sesuai.
Disebabkan ini adalah permainan “free-to-play”, sudah tentu ia akan ada mikrotransaksi. Pihak pemaju tidak beberapa suka idea “pay-to-win” dan menjaminkan pengalaman anda masih selesa tanpa perlu membayar apa-apa barang dalam permainan.
Akhir sekali kita datang kepada soalan paling penting. Para gamer kompetitif pasti faham dan ingin tahu jika wujudnya “META” dalam sistem PVP. Ini bermaksud adakah semua watak seimbang atau adakah wujudnya yang lebih kuat dan OP (overpowered). Joe Lee menjelaskan bahawa ini seharusnya menjadi perhatian semua orang. Jika kuasa meta merosakkan permainan, itu bermakna ia bukan permainan yang bagus. Oleh itu, ia jatuh kepada tugas pihak pemaju dan merupakan tanggungjawab mereka untuk memastikan meta tidak rosak dan sentiasa seimbang.
Sebelum menamatkan sesi soal jawab eksklusif MARVEL Future Revolution ini bersama Danny Koo dan Joe Lee, mereka ingin memberi mesej terakhir kepada peminat-peminat setia MARVEL di Asia Tenggara.
“Saya rasa saya dan Joe telah beberapa kali pergi ke Asia Tenggara untuk bertemu dengan pemain, peminat … dan kami sangat bernasib baik kerana mempunyai pangkalan peminat yang sangat bersemangat untuk MARVEL Future Revolution. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.” -kata Danny Koo.
“Saya memberitahu bahawa ia adalah tugas saya untuk melakukannya secara betul bagi pemain dari Asia Tenggara, jadi anda tahu siapa yang harus disalahkan.” -kata Joe Lee.
MARVEL Future Revolution akan tersedia untuk peranti iOS dan Android sebagai permainan “free-to-play” pada hujung tahun ini manaka pra-pendaftaran global kini dibuka melalui App Store dan Google Play. Bagi sesiapa yang sudah membuat pra-pendaftaran, pasti akan menerima pelbagai hadiah semasa pelancaran. Itu sahaja untuk sesi soal jawab ini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
Discussion about this post