Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Future Revolution kini boleh dimuat turun di Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, iOS, Mobile
0 0
0
Marvel Future Revolution kini boleh dimuat turun di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel dan Netmarble telah mendedahkan Marvel Future Revolution untuk pelantar iOS dan Android pada tahun lalu. Bagi mereka yang tidak tahu, ia adalah permainan “open “world mobile RPG yang menampilkan pelbagai watak Marvel dari seluruh alam semesta tidak kira adiwira atau penjahat. Berita baik untuk peminat semua hari ini kerana Marvel Future Revolution telah dilancarkan secara rasmi hari ini (25 Ogos) di mana anda boleh memuat turun permainan di iOS dan Android sekarang.

Buat masa ini, lapan adiwira telah disahkan termasuk Captain America, Captain Marvel, Spider-Man, Black Widow, Iron Man, Doctor Strange, Star-Lord, dan Storm. Selain itu, Red Skull, Baron Mordo, M.O.D.O.K., Green Goblin, dan Red Goblin juga disahkan antara penjahat yang bakal membuat kemunculan dalam permainan. Masing-masing akan dilengkapi dengan koleksi kostum ikonik dari seluruh Marvel Universe, dengan lebih daripada 400 juta pilihan kostum bagi setiap watak.

Memandangkan ia permainan AAA yang menggunakan grafik beresolusi tinggi dan cutscene sinematik, Future Revolution adalah salah satu permainan yang pasti mencabar kekuatan sistem telefon pintar. Future Revolution memerlukan RAM 2GB atau lebih pada iOS dan RAM sebanyak 3GB atau lebih untuk Android. Bagi storan, pengguna mungkin memerlukan ruang maksimum 4GB untuk memuat turun permainan (bergantung pada peranti).

Anda boleh menonton trailer rasmi di bawah serta membaca sinopsis rasmi bagi permainan menurut Netmarble:

RelatedPosts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

https://www.youtube.com/watch?v=aEFBTanhK-I

MARVEL Future Revolution bermula apabila banyak Bumi berkumpul di multiverse untuk membentuk ‘Primary Earth’ yang dipenuhi dengan zon dan misi unik untuk diterokai, seperti New Stark City yang berteknologi tinggi, Hydra Empire yang berbahaya, Sakaar yang liar, dan banyak lagi. Sebagai ejen untuk pasukan ‘Omega Flight’ yang baru dibentuk, pemain harus bekerjasama untuk memerangi serangan orang jahat dan mempertahankan ‘Primary Earth’ dari ancaman yang tidak pernah berakhir.

Permainan ini adalah percuma tetapi mempunyai sistem mikrotransaksi. Sekiranya anda sudah membuat pra-pendaftaran, kostum bonus juga akan tersedia apabila pengguna memulakan permainan. Saya belum berpeluang menguji permainan, tetapi peminat boleh mencuba Marvel Future Revolution sekarang di iOS dan Android!

Muat turun di sini
MARVEL Future Revolution
Publisher: MARVEL
Developer: Netmarble Games
Release Date TBC
Android, iOS
Dibintangi oleh pelbagai watak terkenal dan menampilkan jalan cerita asli serta grafik 3D berkualiti AAA, MARVEL Future Revolution membolehkan pemain mengalami dunia terbuka yang penuh dengan aksi bertarung kerana kamu akan berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama untuk menyelamatkan alam semesta!
Tags: AndroidiOSMarvelMARVEL Future RevolutionMobileNetmarble
Previous Post

Hati-hati dengan serangan Alien! Aliens: Fireteam Elite kini tersedia di PC & Konsol!

Next Post

Multiplatform Hack-and-Slash UNDECEMBER di LINE Games Membuka Laman Web Teaser Rasmi dan Trailer Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Multiplatform Hack-and-Slash UNDECEMBER di LINE Games  Membuka Laman Web Teaser Rasmi dan Trailer Baru

Multiplatform Hack-and-Slash UNDECEMBER di LINE Games Membuka Laman Web Teaser Rasmi dan Trailer Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd