Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mari kita jelajah LIMA episod terbaik dalam siri anime YU-GI-OH!

BLUE EYES WHITE DRAGON!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 30, 2019
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Mari kita jelajah LIMA episod terbaik dalam siri anime YU-GI-OH!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Yu-Gi-Oh memang sukar dan tiada belas kasihan. Dalam siri asal, setiap pertempuran boleh mengakibatkan seseorang kehilangan roh. Antagonis pun akan membuang sahabat baik anda ke dalam lautan jika anda tidak ingin mengaku kalah atau berikan kad yang dia mahukan.

Yugioh Yami GIF from Yugioh GIFs

Perkara-perkara seperti ini yang menghiburkan saya pada hujung minggu semasa melihat Yu-Gi-Oh di NTV7, dan itulah yang membuat saya masih minat siri anime ini walaupun usia sudah lanjut. Oleh itu, kita akan melihat LIMA episod terbaik dari siri menurut ranking mereka di IMDB.

Friends Til The End, Part 2 – 9.5

Walaupun Marik mampu menghasut Joey untuk bekerja di sisinya, itu tidak bererti dia menang pada penghujung hari. Dalam satu pertarungan yang sengit di mana Yugi bukan sahaja perlu memikirkan cara untuk menang, dia juga harus menyelamatkan Joey daripada dibuang ke lautan. Di sini, persahabatan telah memainkan peranan yang penting, dan mereka berjaya lepas daripada “mind control” Marik. Akibatnya, Marik gagal menewaskan Yugi dan mereka terselamat daripada situasi bahaya ini.

Mime Control , Part 3 – 9.5

Mime Control Part III ialah antara episod paling epik dalam Yu-Gi-Oh. Setelah beberapa kali gagal menewaskan Yami, akhirnya Marik menemui cara baru dengan menggunakan kuasa penuh Slifer the Sky Dragon. Ia adalah kombinasi menggerunkan di mana Yugi sendiri tidak dapat lawan, dan menghampiri ambang kekalahan. Nasib baiklah, Kaiba bersorak agar teruskan usaha, di mana Yugi datang dengan idea tersendiri untuk mengalahkan kombo ini. Episod ini menampilkan salah satu perlawanan jarang berlaku di mana sebuah pihak kalah tanpa HP mereka ditolak ke kosong.

The Final Duel, Part 1 – 9.7

Semuanya bakal berakhir di sini. Selepas mengalahkan Zorc, musuh terakhir Yugi bukan sesiapa kecuali Yami (Atem) sendiri! Untuk Atem bersemadi dengan aman, Yugi harus mengalahkannya dalam perlawanan paling susah pernah dia hadapi. Adakah Yugi akan memberi peluang kepada Atem? Adakah Atem akan berlembut dengan Yugi? TIDAK! Atem memulakan perlawanan dengan menyeru ketiga-tiga kad Dewa Mesir pada masa yang sama. Nampak gaya memang takde “chance” langsung.

The Final Duel, Part 2 – 9.8

Situasi menjadi semakin sukar untuk Yugi, ketika dia melihat ketiga-tiga kad Dewa Mesir yang Atem seru dalam satu giliran. Mereka bermain dengan lebih pantas dan liar kerana kad-kad ini tidak boleh dipengaruhi oleh Spell dan Trap card. Sambil itu, Yugi berterusan melindungi kad Silent Swordsman dan Valkyrion the Magna Warrior daripada serangan Atem. Akhirnya, Yugi berjaya menyingkirkan ketiga-tiga kad Dewa ini dengan satu Trap card, Mirror Force. Agak kelakar memandangkan ia hanya memerlukan satu Trap Card untuk menyingkirkan tiga raksasa yang kuat, tetapi macam itu juga lah perlawanan kad dalam kehidupan sebenar.

THE FINAL DUEL, PART 3 – 9.8

Pertempuran Yugi untuk mengalahkan Atem bermula pada episod ini. Dua episod pertama hanya menampilkan Yugi sedang bertahan, dan mengalahkan kad Dewa. Episod ini dipenuhi dengan pelbagai strategi dan kombo yang Yugi dan Atem pernah guna sepanjang siri seperti Gazelle, Curse of Dragon, Gaia dan Dark Magician di mana Yugi berjaya mencederakan HP Atem. Episod ini membantu kita mengetahui sejauh mana Yugi berkembang, sambil menunjukkan status Atem sebagai “King of Games“.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEpisodKadYu-Gi-Oh!
Previous Post

Teringin nak Design sendiri terpapar di skin PUBG PC dan Konsol? Inilah peluang anda!

Next Post

Captai Marvel atau Thanos atau…. Hero FIGHTER mana paling OP agaknya dalam Marvel Super War?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!
Acara

Kolaborasi SUSHIRO Singapore x Street Fighter Kembali Untuk Pusingan Kedua!

July 9, 2025
Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos
iOS

Apple Arcade Menambah Empat Game Baharu, Diketuai oleh Play-Doh World, Pada 7 Ogos

July 9, 2025
ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799
Teknologi

ASUS Malaysia Melancarkan Laptop Gaming Baharu Berkuasa RTX 5050, Kini Tersedia Bermula RM4,799

July 9, 2025
Next Post
Captai Marvel atau Thanos atau…. Hero FIGHTER mana paling OP agaknya dalam Marvel Super War?

Captai Marvel atau Thanos atau.... Hero FIGHTER mana paling OP agaknya dalam Marvel Super War?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd